Cheng Ho Tidak Sehebat Nama

kaunter penyambut tamu

Paksu bergambar kenangan di pintu masuk Restoran Cheng Ho


Minggu sudah Paksu berada di Kuala Lumpur kerana menemani anak Paksu yang ada urusan berkaitan pekerjaannya. Dikesempatan itu kami sempat bertandang dan menjamu selera di Restoran Cheng Ho yang dikatakan milik penyanyi Rock terkenal tanah air kita iaitu Amy Search.

Restoran yang teletak di Wangsa Maju ini merupakan restoran “masakan China” dan dekorasinya agak biasa dan berlatarbelakangkan “China” dan bagi saya ianya sederhana dan biasa aja. Dibahagian pintu masuknya terdapat kaunter pelanggan dan sebaris kerusi untuk pelanggan menunggu semacam di tempat menunggu “Teksi”.

Kami tiba ke restoran berkenaan pada jam 545 pm dan terpaksa melepak dulu di kerusi yang disediakan kerana operasinya restoran ini bermula jam 615pm.

Kena cukup waktu baru boleh masuk beb.mau makan pun sushah ohhhh aiiyaa.

Kami memesan hidangan masakan china yang biasa aja iaitu sup isi ketam, ikan masak steam, sayur asparagus, siput lala dan pencuci mulutnya buah-buahan campuran. Pesanannya begitu cepat tiba kerana masaa tu belum ramai pelanggan lain. Masakannya memang ada kelas punya dan setanding dengan lain-lain restoran. Tahniah kepada Amy yang berjaya mendapat tukang masak yang hebat macam Laksamana Chebg Ho juga.

Apa yang kurangnya ialah dari segi layanan pekerjanya yang dirasakan masih banyak perlu di pelajari. Masuk saja kedalam kedai ini terasa macam masuk ke muzium, tiada layanan mesra dari pekerjanya yang kebetulan semua pelayannya adalah lelaki yang mukanya seolah-olah masam dan garang persis Laksamana Cheng Ho.

Mungkin nama Cheng Ho itu membuatkan pekerjanya jadi demikian dan kepada artis lain yang nak buka restoran pula Paksu cadangkan agar digunakan pula nama Puteri Hang Li Po.

LELAKI HEBAT !

Iklan Kapsul

Nak Jadi Lelaki Hebat ? Nah Ambil Kapsul ini.

Nak jadi Lelaki hebat ? Nah lihat iklan yang kini boleh dilihat di merata-rata tempat seperti tiang lampu jalan, di pokok-pokok dan di dinding kedai dan bus stop serta mana saja yang kedapatan ramai orang lalu lalang.

Rupanya ciri-ciri lelaki Lebat masakini ialah :
Lebih Keras
Lebih Tahan
Lebih Yakin
Lebih Saiz

Jadi apa tunggu lagi, kalau anda rasa diri anda belum cukup hebat lagi, dapatkan segera kapsul berkenaan dan telan selalu. Tak tau pula apa yang jadi Hebatnya. Silap haribulan Hebat kemana, Sebat yang dapat !

Hairan sekali sekarang ini perbagai ubat dan minuman untuk menjadi Lelaki Hebat amat banyak dan laris di pasaran.Apa sbenarnya punca timbul keluaran ini. Adakah Lelaki kini kurang Hebat atau Wanita kini terlebih Hebat ?

Paksu rasa macam tercabar juga melihat senario ini. Tapi kalau diperhati sekeliling memang tak dapat dinafikan yang kaum Hawa sekarang ini Hebat-Hebat belaka.
Paksu selalu tengok sekarang ini kalau kat restoran yang perempuan pula kena belanja orang lelaki. Kat ofis Wanita pula Bossnya. Kat rumah sisuami pula kena dera. Dan di banyak lagi situasi yang kaum Hawa kini lebih tinggi darjatnya dari Kaum Adam.

Apo nak jadi kito !

Keperluan Atau Kemahuan !

Dok tengok apatu?

Banyak betul nak kena bayar ni: Astro,Hp,Net,Api.Air,Rumah,Card,abah dan........

Setiap bulan kerja yang pasti kena buat ialah mengumpul bil-bil yang perlu di jelaskan. Bermula 15 haribulan setiap bulan, berpusu-pusu surat cinta memenuhi peti surat yang memerlukan jawapan beserta RM yang perlu dibereskan sebelum tarikh matang.

Persoalannya adakah ianya merupakan keperluan atau kemahuan ? Pakar-pakar kewangaan selalu membebel kat TV agar kita perlu berjimat dan pandai memilih yang mana satu keperluan atau kemahuan. Disini Paksu senaraikan bil-bil yang perlu dan Paksu kena jelaskan setiap bulan;

Kereta, Rumah, TNB, Celcom, Air, IWK, ASTRO, INTRENET, Credit Card (Minyak kereta dan barangan dapur Tesco)

Dan ini pula kena selalu jelaskan samada setahun sekali atau tiap 6 bulan iaitu:

Cukai Pintu Rumah, Cukai jalan dan Insuran kereta dan Perbelanjaan menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Aduh-aduh kalau disenaraikan tentunya semua ini adalah keperluan hidup kita dan selalunya banyak kemahuan yang kita ingini telah kita ketepikan demi menjaga poket kita yang tidak begitu gemuk seperti yang dihajati.

Patutle baru-baru ini seorang Majistret yang didakwa menerima suapan mendakwa gajinya tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidupnya.

Walaubagaimana pun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bertindak diluar batasan apatahlagi dengan melanggar undang-undang. Apa yang boleh kita buat ialah menguruskan kewangan dengan bijak sambil memastikan pendapatan yang kita perolehi itu adalah dari rezeki yang HALAL agar ianya berkat dan mencukupi. Sesungguhnya dia (Allah) yang memberi rezeki dan dia juga yang menyempitkannya.

Imam Vs Juara Rakyat

Raja Imam Sembahyang

MBOR - Raja Mengimamkan Solat Hajat. Alhamdulillah Daulat Tuanku.

Buat pertama kali dalam sejarah hidup Paksu melihat seorang Raja dengan gagahnya turun untuk mengimamkan solat hajat dengan makmumnya terdiri dari rakyat jelata. Alhamdulillah Allah Maha Besar.

Bayangkan kalau senario ini diikuti dan diamalkan oleh semua pemimpin negara kita. Rasa-rasanya semua rakyat jelata akan kelu lidah kalau semua YB Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, Menteri Besar dan Menteri-Menteri sering ke Masjid dan surau-surau dan seterusnya mengimamkan solat bersama rakyat.

Tentunya lebih mudah untuk menjadi Juara Rakyat kalau pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam yang ada sekarang ini rajin-rajin untuk mengajak rakyat beribadat dengan mereka menjadi Imam sembahyang fardhu dan sunat di Masjid-Masjid dan Surau.

p.s. Tentunya tak sukar bagi Pak Jamil Khir Baharom.

Teropong Apa Tuu ?

Gerhana Matahari Separa

Selepas solat Asar tadi sempat melihat Fenomena Gerhana Matahari Separa di Perkarangan Mesjid Zahir Alor Setar.


Grehana Matahari

Beberapa alat cerapan disediakan untuk melihat kekuasaan Allah SWT di Perkarangan Mesjid Zahir Alor setar


Fenomena Gerhana Matahari Separa

Dari Berita Harian Online: Gambar ini di ambil di Colombo.

Alhamdulillah, dapat juga tahun ini melihat akan kekuasaan Allah SWT. Walaupun tak sempat untuk bersembahyang sunnat berjamaah tapi sempat juga berdoa memohon keampunan dan rahmat darinya semasa Solat Asar Berjamaah di Mesjid Zahir Alor Setar. Inilah pengalaman pertama meneropong sendiri untuk melihat Gerhana Matahari dengan jelas sekali.

1Malaysia buat kita jadi KeLiRu.

Apakah niat mereka2 ini?

Alangkah baiknya kalau mereka2 yang bersemangat ini terus bersemangat untuk memenuhi rumah2 Allah terutama semasa sembahyang lima watu dan menghaziri kuliah2 Agama.

Dari Malaysiakini Jan 8, 10 2:11pm
kemaskini 3.02pm

Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.

Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

KOMEN PAKSU PENCEN :

Apakah ini dapat menyelesaikan permasalahannya. Adakah 1Malaysia boleh mengatasinya ?

Dato seri Najib perlu bertindak cepat dan menunjukkan kebijaksanaannya dalam menangani isu ini. Apa yang dilihat isu ini amat panas sekali dan boleh menyamarakkan semangat semua pihak dan gulungan terutama pihak yang ada kepentingan tertentu.

Isu ini akan terus membara jika sekiranya pemimpin-pemimpin NGO dibiarkan menggunakan kedudukkan masing-masing dan menggunakan ahli-ahlinya untuk terus meniup dan memperbesar-besarkan isu ini.

p.s. Baru 25 Disember lalu sama-sama kita ke rumah terbuka perayaan Hari Natal. Semoga umat Islam hidup dalam Jemaah dan kuat beribadat menyembah Allah Yang Maha Besar.

Peluang Bekerja dengan BANK.

Minat nak kerja dengan Bank. Nah ini dia peluang untuk anda mencuba nasib di Bank Simpanan Nasional atau lebih popular dengan BSN. Bank yang mempunyai cawangan diseluruh pelusuk tanah air ini amat popular dan dimiliki kerajaan sepenuhnya.

Pencari kerja yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi kekosongan pada jawatan berkenaan.

1. Pengurus Perancang Kewangan (seluruh negeri)

2. Pengurus Pinjaman Konsumer (seluruh negeri)

3. Pengurus Pinjaman Mortgage (seluruh negeri)

4. Eksekutif Perancang Kewangan (seluruh negeri)

CARA MEMOHON

# Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Online Kerjaya BSN yang boleh diperolehi dari Laman Web BSN di alamat : http://www.bsn.com.my
# Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi untuk ditemuduga.
# Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Apa tunggu lagi cepattttttttttttttttttt kalau berminatle. Ataupun tolong beritau pada kawan-kawan yang tak rajin guna jari untuk cari benda bermanafaat.

Keadaan Bulan Sebelum Gerhana pada 1 Januari 2010

I Januari 2010 semasa ramai orang sibuk dengan perayaan tahun baru, berlaku sekali lagi Gerhana Bulan pada jam lebih kurang 0117 pagi.
Paksu dan ramai lagi Jemaah Mesjid Alwi Kangar turut berkumpul untuk menyaksikan peristiwa membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT serta beramai-ramai bersembahyang sunnat sempena peristiwa berkenaan.

Keadaan Bulan sebelum berlaku Gerhana

Gambar ini dirakam sebelum berlaku Gerhana Bulan pada jam 1245 pagi di perkarangan Mesjid Syed Alwi Kangar


” Yang demikian sifatnya Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani”.
Ayat 6 Surah As-Sajdah.

140,000 Pelatih PLKN Menjana Rezeki

Deretan Bas untuk membawa pelatih PLKN ke Kem Latihan

Sebanyak 939 pergerakan bas diperlukan untuk mengangkut 38,000 pelatih kumpulan pertama 2010


38,000 peserta kumpulan pertama PLKN 2010 mula melapor diri di kem latihan masing-masing bermula semalam 2 Januari 2010. Kebanyakan peserta-peserta ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang baru selesai mendudukki peperiksaan SPM pada 16 Desember yang lalu.

Pelatih-pelatih ini akan ditempatkan di 79 kem latihan PLKN di seluruh negara selama 3 bulan berakhir 4 Mac akan datang. Mereka akan diberi latihan dengan menggunakan pendekatan psikologi dan lain-lain aktiviti yang berfaedah agar dapat menjadi warga negara yang lebih baik.

Yang pastinya ibu bapa yang anak-anaknya terpilih merasa begitu lega, kerana dalam masa 3 bulan ini anaknya berada di tempat yang selamat insyaallah, dan melakukan perkara yang lebih bermanafaat.

Dan yang lebih penting tentunya program ini dapat menjana ekonomi kumpulan tertentu seperti pengurusan kem PLKN, pemilik syarikat bas, penyedia makan minum untuk pelatih, pekerja dan jurulatih dan syarikat-syarikat pembekal pakaian uniform, kasut dan lain-lain keperluan untuk 140,000 pelatih tahun ini. Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak umtuk menjayakan program ini. Adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.

Kalau dah dapat rezeki terpijak tu, jangan lupa bersyukur kepada pemberi rezeki. Zakat jangan dilupakan dan kalau bolih gunakan keuntungan atau perolihan dari program ini untuk mengembangkan perniagaan lain untuk pembangunan diri, rakyat, ugama dan negara

Ibu Bapa yang menghantar anak-anak untuk PLKN

Program berfaedah sebegini turut mendapat sokongan gulungan ibu bapa.

2010-Peluang Perbaharui Niat Anda

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010
Semoga kehidupan kita semua akan diberkati dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
dari Paksu Pencen.
Masjid Alwi Kangar
“Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah aku”
Dari surah Adz-Dzariyat ayat 56.