Setiap hari Rabu, Bandar DiRaja Arau menjadi sibuk dan ramai penduduk sekitar akan keluar untuk membeli-belah di Pekan Sehari yang lebeh popular di sebut “Nat Rabu” oleh orang Arau.
Pada hari Rabu yang lepas Orangkampong menghabiskan sehari suntuk disini untuk menikmati pelbagai makanan yang yang selalu di nikmati semasa zaman persekolahan dulu. Antaranya passembor Kak Chah, Apom Balek Pak Chot, serta Laksa dan Bihun Sup Pak Alam. Tapi sedikit kecewa kerana dah tak ada orang jual ABC (Ais batu Campur).
Bagi orang-orang Arau yang tinggal di luar, “Nat Rabu” merupakan tempat untuk bertemu rakan-rakan lama dan saudara-mara. Kalau berkunjung kesini, sudah pasti akan dapat bertemu diantara satu sama lain. Kata orang tidak sah kalau balek bercuti tidak ke “Nat Rabu”.
Difailkan dalam: sosio-ekonomi









Tahniah, dah berwajah baru nampaknya blog ni…mohon terus berblog…