Nampaknya H1N1 mula menyerang keluarga Orangkampong. Isteri Orangkampong seorang guru telah diarahkan oleh Pegawai Perubatan agar berkurung di dalam rumah selama 7 hari kerana disyaki dijangkiti virus berkenaan semalam. Bermula dengan rasa demam dan kemudian diikuti dengan batuk yang agak keras, kami terus pergi mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Fauziah di Kangar.
Pehak Hospital yang menyediakan perkhidmatan khas untuk rawatan penyakit ini terus bertindak cepat dengan melakukan pemeriksaan dan X-Ray bagi mengesahkan jangkitan virus ini.
Bermula dari pagi tadi (Rabu) hingga Sabtu ini isteri Orangkampong dilarang untuk keluar ke tempat awam dan terpaksa menjauhi diri dari keluarga. Virus ini mudah menyerang terutama bagi mereka yang mengidap penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, buah pinggang dan yang lemah ketahanan penyakit dalam tubuhnya terutama gulungan kanak-kanak dan warga emas.
Kepada mereka yang rasa tidak selesa dan kesihatan terasa macam terganggu dinasihatkan cepat-cepat menghubungi pehak hospital bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.
Difailkan dalam: Uncategorized






Moag cepat sembuh…. Telan air buah banyak-banyak …..