KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.
Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.
Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari Jumaat.
Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.
“Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.
– BERNAMA
PAKSU PENCEN PUN BERKATA……
Syok la depa semua, raya sakan lagi dan jurujual kereta pun senyum lebar kerana boleh jual banyak biji dan banyak dapat komisennya.
Baguslah tu, menepati slogan rakyat diutamakan dan seperti kata Datuk Seri Najib bahawa kerajaan kena ada hubungan intim dengan penjawat awam.
Penjawat awam sememangnya digeruni oleh para pempimpin politik negara kerana banyak rahsia kerajaan di dalam pengetahuan mereka. Lagipun mereka adalah gulungan pelaksana dasar-dasar kerajaan yang merupakan faktur penting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek.
Yang pentingnya ialah menentukan gulungan Penjawat Awam ini menjadi penyokong kuat kerajaan serta memenangi hati mereka sebagai persediaan PRU 13 akan datang.
Difailkan dalam: berita dari akhbar






Matlamat dan halatuju masih sama.. tak kenal pengakhiran manusia, tak kenal kampung akhir kita… UMNO ni serupa sekala..tempat cari duit!!!. (tagline UMNO sebenar).