
Orang pencen selalu digelar OKB dan mula berangan nak buat macam2.
Melalui skim ini penjawat awam yang masih berkhidmat diantara 6 bulan hingga 7 tahun sebelum bersara wajib boleh menikmati skim pendahuluan gratuiti pra persaraan yang ditawarkan oleh beberapa bank tempatan yang terpilih.
Skim yang baru diperkenalkan ini tidak memerlukan penjamin dan tiada pembayaran balik secara bulanan dan sedikit faedah tetap akan dikenakan oleh pihak bank.
Untuk makluman pendahuluan ini hanya akan dipotong oleh bank sebagai bayaran balik beserta faedahnya melalui wang gratuiti yang akan anda semua perolehi semasa persaraan kelak. Dan anda hanya akan memperolehi sebahagian dari bakinya sahaja nanti.
Untung atau ruginya skim ini terletak kepada kebijaksanan anda semua menggunakan wang pendahuluan ini. Yang pasti sebagai peniaga iaitu bank tetap akan beruntung melalui skim ini dan memang mereka ini sentiasa pandai mencari peluang dan bertindak kreatif dalam mengambil kesempatan ini.
Memimjam kata-kata Nabil Raja Lawak “Lu pikirlah sendiri” kerana kita manusia boleh merancang berbagai-bagai kerana yang menentukan segalanya ialah Allah swt. Semua yang baik itu dariNya dan yang buruk itu selalunya adalah disebabkan kelemahan dan kegagalan kita selaku manusia yang tidak punya kuasa sebenarnya dalam menguruskan kehidupan didunua ini.
betoi betoi…..