
Tahniah kepada D’Saji salah satu anak syarikat Felda yang mula berniaga di Menara Alor Setar. Dah banyak kali syarikat silih ganti berniaga restoran di atas tu.
Harap-harap D’saji ni kan kekal lama disitu sebab dia syarikat besar dan ada nama. lagipun sudah tentu dia telah membuat kajian pasaran terlebih dahulu sebelum dia berani mengambil risiko menjalankan perniagaan ditempat yang syarikat lain terutama syarikat milik individu tidak berminat untuk menjalankan perniagaan restoran mewah disitu.
Berniagalah kerana ada permintaan dari pelangan atau pengguna tapi janganlah kita menjalankan perniagaan kerana adanya tempat atau ruang kedai untuk kita berniaga.
Selamat maju jaya dan Paksu akan cuba mengunjunginya secepat mungkin bagi menunjukan sokongan kepada syarikat yang katanya peneroka-peneroka Felda ada saham di dalamnya.