Berita terbaru dari Bahagian Pasca Perkhidmatanan, Jabatan Perkhidmatan Awam !
MAKLUMAN PENYELARASAN PENCEN 2012
Pencen yang diselaras di bawah peruntukan Akta Penyelarasan Pencen 1980 berikutan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 1 Januari 2012 akan dibayar melalui akaun bank seramai 344,600 penerima pada 13 Januari 2012. Baki seramai 177,800 penerima (termasuk yang dibayar secara waran) akan dibayar pada 21 Februari 2012 bersekali tunggakan perbezaan pencen bagi bulan Januari 2012. Bayaran kadar baru terpaksa dibuat secara berperingkat kerana keperluan menyediakan sifir pemindahan gaji khas bagi beberapa jawatan jumud.
Penyata Penyelarasan Pencen peribadi boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam di www.jpapencen.gov.my mulai tarikh pembayaran. Pertanyaan boleh ditujukan ke Talian Penyelarasan Pencen Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam 03-88854420, 88854421, 88854424 atau 88854438, faks ke 03-88884028 atau ke ruangan “Aduan/Cadangan/Pertanyaan” dilaman sesawang bahagian.
Paksu dan pesara-pesara semua beruntung sekali, walaupun SPBA untuk penjawat awam ditangguhkan perlaksanaannya, namun orang pencen terlebih dahulu telah diberi kenaikan pencen akibat dari penyelarasan skim baru itu. Terima kasih kerajaan, atas perhatian dan prinsipnya yang mendahulukan rakyat.