BERITA

PAKSU PENCEN DAH DAPAT PANGKAT DATUK…………….Anugerah sempena kelahiran cucu pertamanaya dahhhhhhhhhhhhhhhh.

Sofea Affrina ketika baru dilahirkan pada 3 November 2009 jam 1015pm

Inilah cucu pertama Paksu Pencen yang dinamakan Sofea Affrina

Tepat jam 1015 malam di KB Medical Centre Kota Bahru, Alhamdulillah lahirlah seorang Puteri seberat 4kg. dengan selamatnya. Tahniah kepada Ibu bapanya Mohd.Affdzal dan Irrina semoga Allah memberkatimu dalam anak yang diberikan kepadamu, kamupun bersyukur kepada Sang Pemberi, dan dia dapat mencapai dewasa, serta kamu dikurniakan kebaikanya.

Tok besan Paksu Pencen Abang Din dan Kak Sah (gambar bawah) turut berada di KBMC sepanjang hari sehingga kelahiran Sofea Affrina pada jam1015 malam 3November lalu.

Bang Din dan Kak Sah Besan Paksu resah menunggu kelahiran cucu

Berkat doa atuk-atuk semua, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Setelah 4 jam menunggu akhirnya..........selamat.

Keluarga Paksu dari Alor setar yang turut bersama menunggu di KBMC.


Wajah suci bayi yang baru dilahirkan

Semoga Allah memberi kebaikan kepadamu di dunia dan di akhirat.


Alhamdulillah semuanya selamat dan tahniah kepada anakanda sulung Paksu, Mohd Affdzal dan pasangannya Irrina. Semoga Allah memberkati mereka dengan kehidupan yang lebeh bermakna lagi selepas ini.

Sesungguhnya pengalaman menyambut kedatangan cucu yang pertama ini amat bermakna sekali. Patutlah selama ini ramai orang yang begitu teruja dan sangat menyayangi cucu mereka. Mereka sanggup buat apa saja untuk memenuhi kehendak cucu mereka. Maklumlah nak manjakan anak dah tak sesuai lagi, dah besar panjang pun, jadi cuculah menjadi pengubat rindu untuk bermanja.

Tinggalkan jawapan