DRAMA AKULAH MAUT

NAHMAR JAMIL PENULIS YANG BERASAL DARI PERLIS MULA BERKARY SEJAK 1954

NAHMAR JAMIL Penulis yang berasal dari Perlis mula berkarya sejak 1954

AKULAH MAUT merupakan buku kumpulan drama terjemahan Nahmar Jamil atau nama penuhnya Na’man bin Haji Mohd Rawi. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1938 merupakan penyair seangkatan dengan Jihaty Abadi dan Suhaimi Haji Muhammad tetapi beliau memilih aliran sastera yang berbeza dengan mereka iaitu aliran sastera Islam.

Beliau mula menulis pada usia 16 tahun (1954). Selain puisi, beliau juga menulis cerpen, novel, esei, buku umum dan terjemahan dan empat antologi cerpen terjemahannya, empat novel terjemahan dan empat antologi cerita kanak-kanak terjemahan telah berjaya diterbitkan.

Sepanjang penglibatan beliau sebagai penulis, beberapa anugerah telah berjaya dimenanginya termasuk sembilan Hadiah Sastera (1957-1989)puisi dan cerpen dan terjemahan. Beliau dikurniakan Pingat PJK oleh Kerajaan Perlis pada 1992 serta dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1419 oleh MAIPs serta anugerah Tokoh Penulis pada 2002 oleh Persatuan Penulis perlis.

AKULAH MAUT kumpulan drama Terjemahan Nahmar Jamil kali ini adalah beberapa babak drama Islam yang diterjemahkan dari karya beberapa penulis dari Kuwait , Mesir dan Perancis serta dua hasil karya Nahmar sendiri. Antara penulis asal karya ini ialah Muhamad Ali Al-gharib dari Kuwait, Taufik Al-Hakim dan Ahmad Shauki Al-Fanjari dari Mesir serta penulis dari Perancis Eugene Eunisco.

AKULAH MAUT yang diterbitkan oleh brainwavecommunications boleh di perolehi di kedai-kedai buku terpilih dengan harga RM15 atau hubungi 0175476743 ( Hj.Li.)

AKULAH MAUT BUKU TERJEMAHAN NAHMAR JAMIL TERBARU

AKULAH MAUT BUKU TERJEMAHAN NAHMAR JAMIL TERBARU

PAYU DARA TERBESAR DI DUNIA….

Terlebeh cucuk botok agaknya

Terlebeh cucuk botok agaknya

Downtown Auckland ground to its annual halt today as the city’s main street was taken over by naked breasts, motorcycles and thousands of men armed with mobile phone cameras.

More than 80,000 people were estimated to have visited Queen St on a gray and occasionally showery day to attend the annual Boobs On Bikes parade, organised by Steve Crow in part to promote the Erotica Lifestyle Expo.

Police presence at the parade was high but they had a fairly quiet as the crowd remained orderly, though eager for a view and a photo.

The publicity for the parade has been relatively low-key this year, in part because there have been no attempts by local authorities or moral conservative groups to ban the parade.

However, one observer told NZPA it appeared numbers were similar to 2008, if not higher.

An Auckland City Council attempt to ban the parade last year failed after a judge ruled it was not offensive.

Cameron Brewer, chief executive of the Business Association of rival retail area Newmarket , said the parade was not a good look while the city hosted international visitors for Fashion Week.

Fashion did not appear to play a big part in the parade, however, unless one’s definition of fashion extended to quality motorcycles and plastic surgery.

The parade included American Chelsea Charms, who claims to have the largest breasts in the world, who was riding a tank rather than a motorcycle.

Drag queens and a topless male motorcyclist also found their way to the parade

sumbangan dari teman Paksu dari NZ.

LAGI KES RASUAH NEGARA

Laporan rasuah di ICAC, Hong Kong
Posted on Oktober 1, 2009 by Shamsul Iskandar

Saya bersama Ketua AMK Cabang Semporna, Sabah tiba di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 9 malam. Saya mempunyai jadual yang agak padat di Hong Kong sebermula esok 2/10/2009. Selain ke Independent Commission Against Corruption (ICAC), North Point, Hong Kong pada jam 10 pagi, saya juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Hong Kong. Saya juga akan bersolat jumaat di Islamic Kasim Tuet Memorial College yang dipimpin oleh saudara Imam Yusuf C.W. Yu.

Pada 14 Ogos 2008 yang lalu, semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah RM 16 juta. ICAC kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Michael Chia. Melalui sumber dalaman, ICAC sedang menunggu maklumat tambahan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibawa oleh seorang individu warganegara Malaysia.

Beberapa siri pendedahan telah dilakukan oleh pimpinan AMK Sabah mengenai bagaimana Michael Chia boleh memperolehi kekayaan seperti itu. Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat kemudiannya telah membuat laporan polis terhadap Michael Chia mengenai salah laku beliau yang telah disyaki memalsukan pelan kawasan pembalakan dan kemudiannya mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit. Laporan lanjut boleh didapati di www.sabahkini.net.

Oleh kerana tiada tindakan susulan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beberapa pimpinan AMK Malaysia dan juga Sabah telah mencadangkan supaya laporan lanjut dikemukakan kepada ICAC. Saudara Khairul aka Jonah, Naib Ketua AMK telah mencadangkan untuk saya sendiri membuat laporan di ibu pejabat ICAC di North Point, Hong Kong. Pada hemat saya, sudah sampai masanya kita mengambil tindakan yang drastik untuk mencegah rasuah sehingga ke akar umbi walaupun terpaksa menggunakan agensi pencegahan rasuah daripada luar Malaysia !

Saya dimaklumkan oleh beberapa orang pegawai MAS, Musa Aman dan kroni-kroninya turut berlepas ke Hong Kong dan juga ke Australia jam 9 pagi tadi. Hari ini juga menyaksikan kes rasuah Michael Chia dibicarakan di Mahkamah Sesyen Sandakan, Sabah.

Walaupun kami agak bimbang dengan keselamatan diri, namun kami percaya sesuatu mesti dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menyelamatkan wang yang sepatutnya dipulangkan semula ke pangkuan rakyat Sabah. Insya Allah, isu ini tentunya akan saya bangkitkan di dalam kempen pilihanraya kecil di Bagan Pinang nanti.

Selamatkan wang rakyat !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Kowloon, Hong Kong

NOTA:

Mrilah ramai-ramai rakyat Malaysia melapurkan kisah-kisah durjana ini yang sama kejinya macam kes jenayah lain seperti Dadah, Khalwat, Rompakan, Pembunuhan dan lain-lain yang selalunya menjadi isu panas di dada akhbar harian.

Kepada yang berpengalaman dan pernah terlibat dalam urusan RASUAH dan MERASUAH suatu ketika dahulu dan kini telah bertaubat bolehlah memaparkan kisahnya.

Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Allah menjadikan semuanya terbaik di dunia ini, tapi kita sahaja yang memilih untuk melakukan yang buruk dan salah dari segi hukum Allah mahupun undang-undang dunia.

MASJID ALWI JADI MASJID WARISAN

TANDA PENDAFTARAN WARISAN DARI KEMENTERIAN

TANDA PENDAFTARAN WARISAN DARI KEMENTERIAN

Masjid Alwi yang terletak di tengah-tengah Bandar Kangar kini telah didaftarkan sebagai WARISAN oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Masjid ini yang dibina pada tahun 1933 telah mengambil nama Raja yang memerintah pada waktu itu iaitu DYMM Tunku Syed Alwi. Kos pembinaan masjid ini pada waktu itu hanya RM64000 sahaja hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri

MASJID ALWI KANGAR TELAH DIDAFTARKAN SEBAGAI WARISAN

MASJID ALWI KANGAR TELAH DIDAFTARKAN SEBAGAI WARISAN

RUGI KERANA RASUAH AS$300 BILION

Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah
Sep 23, 09 8:10pm
Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

“Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan,” kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

“Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan,” kata Labelle.

“Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka,” katanya. BERNAMA

NOTA;

Rasuah berlaku di mana-mana dan dalam pelbagai bentuk. Paksu Pencen percaya semua kita pernah terlibat samada sebagai penerima atau pemberi. Masaalahnya kita hanya berani melaung dan menyalak menghina dengan lantang tapi tidak satu tindakan yang berani kita lakukan. Apatah lagi untuk memaparkan pengalaman sendiri kerana masing-masing mempunyai kepentingan beroleh keuntungan kerananya.

Mengapa perbuatan ini berleluasa ? Semuanya kerana fitrah manusia yang amat suka pada perhiasan, banyak, harta dan paling seronok lagi bila boleh memperolehi dan memiliki sesuatu tampa perlu bersusahpayah. Dengan lain perkataan FOC. Jadi tak hairanlah kalau Rasuah ini memang diminati semua orang dari gulungan rakyat biasa hingga kepada gulungan peringkat paling tinggi yakni Pemimpin Negara sekalipun.

Ganbar hiasan: Kepada merekalah kita sandarkan kebolehpercayaan untuk menangani isu RASUAH.

Ganbar hiasan: Kepada merekalah kita sandarkan kebolehpercayaan untuk menangani isu RASUAH.

CERITA PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH.

RASUAH : MALAYSIA MERUNDUM LAGI, NEGARA ISLAM TERCOROT – harakah daily

Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

KAH KAH KAH…

woit… NAK BUAT MACAM MANA ? … kah kah kah…

kah kah kah.. PEMIMPIN NEGARA ISLAM BELI IJAZAH… kah kah kah..

kah kah kah… PERJUANGAN BUKAN MENENTANG RASUAH… kah kah kah…

kah kah kah… PERJUANGAN MELAWAN KONSERT….kah kah kah..

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 1:10:00 AM

NOTA;

Selaku bekas penjawat awam, perkataan RASUAH ini sudah lali didengari samada semasa dalam perkhidmatan mahupun sehingga sudah jadi pesara kerajaan.

RASUAH ini sama juga seperti isu pelacuran, dadah dan lain-lain gejala yang sememangnya gagal di tangani oleh kerajaan secara total.

Telah lama dan ramai dari kita memperbincangkan ISU menangani RASUAH ini, namun tiada satu jalan yang konkrit dapat dikenalpasti bagi menanganinya dengan berkesan.

Kenapa dan mengapa ianya boleh berterusan sejak dahulu kala lagi. Jawapan ini sebenarnya ada pada diri kita sendiri. Perbuatan ini sebenarnya melibatkan dua manusia atau lebih yang mempunyai tujuan serta memeperolehi faedah bersama.

Sebagai bekas penjawat awam, sudah semestinya pengalaman lampau semasa bertugas mempunyai cerita mengenainya samada pernah terlibat atau pernah terhidu mengenai kegiatan rakan sejawat dan ketuanya.

Semua masyarakat umum tahu mengenai kegiatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah ini. Semua juga telah mengenalpasti sektormanakah yang paling kuat sekali mengamalkan kegiatan ini. Marilah sama-sama kita bongkarkan secara tersendiri kepada umum agar pengamal perbuatan keji ini merasa malu sendiri walaupun dia bebas dari tindakan undang-undang.

Mari kita semua elakkan terlibat dalam amalan keji ini malah kita bongkarkan kegiatan ini pada umum.

Mari kita semua elakkan terlibat dalam amalan keji ini malah kita bongkarkan kegiatan ini pada umum.

ANAK DARA TUA LEBIH MUDAH DITIPU

Anak dara tua lebih mudah ditipu

Oleh FARHANA HANIM MYDIN
berita@kosmo.com.my

KERATAN Kosmo! Ahad 20 September.

KUALA LUMPUR – Seorang pakar psikologi menyenaraikan empat sebab kenapa ada wanita begitu mudah terjerat dengan komplot cinta Internet yang didalangi warga Afrika sehingga akhirnya mereka ditipu.

Empat sebab itu ialah bimbang menjadi anak dara tua, tamak, mengejar kemewahan serta tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi.

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Sumber Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fatimah Abdullah berkata, keempat-empat sikap itu menyebabkan masih ada wanita tertipu walaupun kes seumpama itu kerap didedahkan menerusi media massa.

“Semua orang hendak hidup senang, malah yang sudah bergaji besar pun mahukan rumah yang lagi besar, tak cukup dengan itu, mahu kereta juga besar, begitulah nafsu manusia yang tidak ada kesudahannya.

“Dalam hal ini, wanita yang berjaya tetapi masih bujang pasti mahukan cinta namun belum tentu ada lelaki yang berani mendekati mereka kerana status yang dimiliki,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau yakin ada mangsa mudah menerima cinta lelaki bagi mengelak hidup membujang hingga ke tua.

“Kesempatan inilah yang akan diambil oleh warga asing dengan memperdaya wanita kita dengan kata-kata romantis dan janji palsu untuk tujuan memikat,” jelasnya.

Kosmo! Ahad kelmarin mendedahkan dua kes mangsa penipuan warga Afrika melalui Internet. Mereka kehilangan RM25,500 selepas terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan ‘kekasih’ dari Afrika.

Mangsa terbabit tertipu apabila berkenalan dengan rakyat asing warga Afrika melalui Internet.

Selepas berkenalan, lelaki itu mendakwa telah menghantar bungkusan hadiah dari luar negara dan meminta mangsa menghantar sejumlah bayaran bagi melepaskan pakej itu daripada ditahan oleh pihak Kastam.

Mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas barangan yang dijanjikan itu tidak diperoleh manakala ‘kekasih’ mereka pula gagal dihubungi.

GAYA BARU DS SHAHIDAN KASSIM

Wajah terbaru Datuk Seri semasa beriqtiqaf di Mesjid Alwi Kangar pd 27 Ramadhan

Wajah terbaru Datuk Seri semasa beriqtiqaf di Mesjid Alwi Kangar pd 27 Ramadhan


Ini wajah terbaru Datuk Seri Shahidan Kassim mantan Menteri Besar Perlis ketika bertemu beliau di Mesjid Alwi Kangar semasa beriqtiqaf pada malam 27 Ramadhan.

Beliau nampak lebih segar dan ceria walaupun sedikit selsema serta begitu gagah dengan pakaian jubahnya. Seperti biasa beliau yang sangat suka bercampur mesra dengan rakyat biasa bawahan amat disenangi sekali oleh para jemaah yang berkunjung dan samasama beriqtiqaf di situ.

Seperti biasa DSSK yang dikenali sebagai pemimpin yang pemurah sempat melayan dan menyediakan minuman untuk para jemaah yang beriqtiqaf semasa bersahur bersama.

Ada juga yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau kerana mungkin teringat semasa beliau selaku MB dulu salam beliau selalunya “berisi”. Kalau nasib baik RM200 tapi sekurang-kurangnya RM50 sudah pasti. Tapi kali ini mungkin salam tanda persahabatan sesama muslim yang ikhlas.

Walau apapun tahniah kepada Mantan MB Perlis ini kerana beliau masih berjiwa rakyat dan tetap bersama rakyat untuk meneruskan perjuangannya membela ugama, bangsa dan negara.Semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah kepada beliau untuk meneruskan usahanya terutama dalam mempertingkatkan kefahaman As-Sunnah kepada umum.

NO.PENDAFTARAN RJ1 HINGGA RJ9999

Nak No.kereta menarik RJxxxx

Nak No.kereta menarik RJxxxx


Berminat dengan nombor pendaftaran kereta motor menarik? No.Pendaftaran kereta motor RJ akan mula didaftarkan oleh JPJ Negeri Perlis tidak lama lagi.

Tender untuk tempahan nombor pendaftaran RJ1 hingga RJ9999 telah mula dikeluarkan sejak awal September lalu dan tarikh tutup tender ialah pada 28 September ini.

Borang tender berkenaan dikeluarkan secara percuma di Pejabat JPJ Negeri Perlis dan yuran tender sebanyak RM10 akan dikenakan beserta
wang cagaran tender sebanyak 30% dari harga tempahan atau minimum RM200(mana yang tinggi).

Kepada yang berhajat bolehlah menghubungi pejabat bekenaan bagi memperolehi keterangan lanjut.

INGINKAN KEHIDUPAN YANG SEMPURNA ?

Paksu Pencen

Paksu Pencen

Semua kita yang hidup di dunia ini, samada lelaki ataupun perempuan, mengidamkan suatu kehidupan yang bahagia lagi sempurna. Sehubungan dengan itu kita berusaha mencari dan melakukan pelbagai perkara agar cita-cita tersebut diperolehi.

Sebenarnya tujuan kita hidup di dunia ini ialah untuk menjadi hamba Allah yang taat melakukan amanahnya agar kelak mendapat tempat yang terbaik di sisinya.

Sekiranya kita dapat memperkuatkan iman kita dengan senantiasa taat melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya, insyallah kehidupan seharian kita di dunia ini akan mendapat perlindungan dan rahmat darinya.

Antara kaedah terbaik bagi membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang sedemikian, amalan berikut boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita :

* Melakukan solat lima waktu dengan baik ( lakukan pada awal waktu dan berjamaah di mesjid serta dengan kaifiat dan tatacara yang sempurna bagi menjamin penerimaannya)

* Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan segaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

* Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w., sirah para sahabat Nabi dan mengamalkan sunnahnya.

* Selalu membaca dengan memahami isi kandungan al-Quran.

* Senantiasa melakukan muhasabah diri (menilai semula amalan), khususnya dengan memerhatikan persiapan untuk menghadapi hari esok di akhirat (selepas kematian), dengan amalan, kebajikan serta menjauhi dari melakukan perkara yang menjadi kemurkaan Allah.

* Bergaul dan bercampurlah dengan kawan taulan yang yang terdiri dari gulungan mereka-mereka yang solleh dan sollehah.

* Perbanyakkan aktiviti kebaikan dan kebajikan yang membawa kepada ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah dalam menjalani kehidupan dengan sempura di dunia ini serta kemudiannya mati pada jalan yang diredainya. Amin

sumber ;
ruangan forum agama akhbarharian.