RaYa 2009 DaLaM KENANGAN

Depan dari kiri:Qaiyyim,Affdzal,Irrina dan Ummul.Inilah keluarga Paksu RaYa2009

Depan dari kiri:Qaiyyim,Affdzal,Irrina dan Ummul.Inilah keluarga Paksu RaYa2009

Tahun ini sambutan hari raya keluarga Paksu lebeh bermakna kerana pertama kali beraya bersama orang baru dalam keluarga iaitu menantu perempuan yang bersal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sejak berkeluarga dan ada rumah sendiri, Paksu sememangnya suka beraya di rumah bersama anak-anak di Alor Setar. Lagipun kedua kami suami isteri berasal dari negeri yang sama dan bekerja pula di Perlis. Selalunya sehari sebelum ketibaan Shawal kami akan menziarahi terlebeh dahulu ke rumah ibu bapa dan saudara terdekat.

RaYa tahun ini Paksu sekeluarga menunaikan solat sunnat hariraya di Surau Taman Perumahan yang pernah timbul kontraversi diantara dua kumpulan parti suatu ketika dulu. Sekarang semuanya selesai dan kami penduduk taman telah dapat bersembahyang dengan selesa setelah Surau yang di miliki Badan kebajikan Penduduk Taman ini telah mendapat peruntukan untuk memperbesarkannya dari pehak berkuasa.

Akhirnya Selamat Hari Raya dan hingga kita jumpa lagi sebagai mimpi ulangan yang pasti tiba disetiap berakhirnya Ramadhan.

Cium tangan tanda mohon seribu keampunan dari suami Raja keluarga.

Cium tangan tanda mohon seribu keampunan dari suami Raja keluarga.


Menikmati juadah hariraya bersama keluarga. Ketupat dan gulai daging adalah kesukaan Paksu

Menikmati juadah hariraya bersama keluarga. Ketupat dan gulai daging adalah kesukaan Paksu


Tahniah kepada Badan Kebajikan Penduduk Taman yang berjaya anjur jamuan hariraya selepas solat sunnat hariraya.Tahniah Hj suhaimi selaku Pengerusi

Tahniah kepada Badan Kebajikan Penduduk Taman yang berjaya anjur jamuan hariraya selepas solat sunnat hariraya.Tahniah Hj suhaimi selaku Pengerusi


Anak-anak buah dan saudara mara sedang menjamu juadah raya. Kueh tak banyak tahun nii.... takdak bonus !

Anak-anak buah dan saudara mara sedang menjamu juadah raya. Kueh tak banyak tahun nii.... takdak bonus !


Bye RaYa 2009 dan jumpa lagi nanti 2010 Insyaallah.

Bye RaYa 2009 dan jumpa lagi nanti 2010 Insyaallah.

Tinggalkan jawapan