RASUAH OH RASUAH

Sejak akhir-akhir ini isu rasuah semakin kencang di perkatakan oleh setiap lapisan masyarakat.Aptah lagi isu ini semakin menjadi-jadi bila pihak BPR pula tak henti-henti mendakwa mereka yang terlibat kemuka pengadilan.

Macam biasa kami orang kampong pun turut sama berdepat mengenai isu ini siang dan malam.Habis bercawan-cawan kopi dan berbatang-berbatang rokok daun yang tak bersalah menjadi mangsa dalam perdebatan ini.Isu ini selalunya bermusim dan akan datang sekali sekala.Isu ini rasuah ini sebenarnya sama macam isu pelacuran yang menjadi perniagaan tertua di dunia ini.Memang susah nak di hapuskan kerana semua yamg terlibat sama-sama mendapat nikmatnya.
Orang yang memberi rasuah tentu puas kerana apa yang di hajatnya dapat dan yang menerimanya pula tentu suka hati kerana ganjaran yang diberi selalunya amat lumayan dan memuaskan.Jadi apo nak di kato?

Orang kampong dalam mendebatkan isu rasuah ini agak hairan dan keliru kerana pihak berwajib dan
pengurusan atasan jarang dapat menghidu dan mengesan akan amalan rasuah dikalangan orang bawahan mereka.Orang kampong yang tidak berpelajaran tinggi pun dapat mengesan dan menghidu akan rakan-rakan mereka yang mengamalkan amalan buruk ini.

Sebenarnya amalan ini dapat dibendung kalau pehak berwajib terutama Pak Menteri dan ketua-ketua jabatan mengambil peranan yang serius dalam perkara ini.Kalau dah kos pengendalian Perdana V6 samapai beratus-ratus ringgit pun boleh di biarkan macammana nak selesai isu ini.Itu baru cerita kos pengendalian kenderaan.Banyak lagi cerita-cerita yang orang kampong dengar dari anak cucu yang kerja di bandar mengenai kes ini.

Tahniah kepada Ketua Pengarah Kastam yang nak menubuhkan skuad BPR dalam jabatannya sendiri untuk membantu menangani masaalah ini.Orang dalam sebenarnya lebeh maklum akan lubang-lubang dan mengetahi akan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam kerja kotor ini.Yang sedehnya Pak Menteri dan Ketua Setiausha Negara tak pula berhasrat nak suruh Agensi-agensi lain turut menlaksanakannya.Sepatutnya pehak atasan perlu berbuat sesuatu agar dapat membantu pihak BPR memerangi isu rasuah ini secara berterusan.

Masyarakat juga harus turut memainkan peranannya terutama gulungan pesara,peniaga dan pelanggan-pelanggan yang selalu berurusan dengan sektor awam dan swata perlu bekerjasama memberi maklumat kepada pihak berwajib.

Orang kampong akan terus memberi segala bentuk sokongan dan pendapat hasil sembang-sembang bersama rakan-rakan yang lain dalam meniti kehidupan dalam dunia yang penuh pancaroba ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s