PERUNTUKAN BASMI KEMISKINAN – Tauke dapat isi orang miskin dapat kuah.

Membasmi kemiskinan merupakan agenda utama kerajaan dan pada setiap tahun beratus juta ringgit diperuntukkan untuk tujuan itu. Pelbagai agensi diujudkan bagi melaksanakan bermacam-macam projek bagi membasmi kemiskinan yang menghantui kita. Selain dari itu berbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan yang dikepalai oleh individu-individu tertentu turut sibuk mengumpul dana untuk membantu orang-orang miskin.

Hasilnya kita dapati pelbagai program dan projek diluluskan untuk dilaksanakan seperti projek ternakan, tanaman, industri kecil, pinjaman modal dan macam-macam lagi yang semuannya melibatkan peruntukan beratus-ratus juta ringgit. Semuanya ini adalah untuk memberi peluang dan tambahan pendapatan kepada gulungan orang miskin.

Kerajaan sepatutnya sedar dan menerima hakikat bahawa kebanyakan program dan projek membasmi kemiskinan yang di laksanakannya telah gagal mencapai matlamat. Orang miskin yang sepatutnya mendapat manafaat dari peruntukan tersebut tetap tertinggal dan terbiar. Dan akhirnya mereka ini dipersalahkan pula kerana tidak memberi komitment dan menunjukkan minat terhadap projek-projek yang di lancarkan.

Kerbanyakan projek-projek yang dilaksanakan melalui agensi-agensi kerajaan sudah tidak relevan dan tidak berdaya maju. Projek-projek berkenaan hanya indah pada kertas cadangannya sahaja dan kalau pun berdaya maju ianya pula berisiko tinggi. Kurangnya pengalaman dan pengurusan yang tidak cekap oleh kakitangan agensi pelaksana adalah merupakan penyumbang terbesar kepada punca kegagalan projek-projek berkaitan.

Suatu formula baru perlu dicari dengan segera bagi menangani isu ini. Orangkampong tidak mahu peruntukan yang begitu banyak terbuang bagai mencurah garam kelaut. Orangkampong mahu peruntukan ini terus diberi kepada kumpulan sasar sebenar. Orangkampong tidak rela melihat ada orang yang mengambil kesempatan mengaut peruntukan ini di pertengahan jalan. Orangkampong percaya telah ramai kuncu-kuncu yang telah kaya-raya hasil dari menguruskan projek-projek untuk orang miskin selama ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s