DSSK SUKAR DICABAR DI BAHAGIAN ARAU

Hampir semua cawangan Umno dari Bahagian Arau telah mencalunkan semula Dato Seri Shahidan Kassim sebagai Ketua Bahagian. Hingga ke tarikh ini maseh tidak timbul lagi nama keramat yang akan mencabarnya seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Orangkampong tidak terkejut dengan senario ini kerana nama DSSK sebenarnya belum terpadam lagi dalam hati ahli-ahli UMNO malah orang-orang dari Bahagian Arau khususnya. Dato Seri Shahidan talah berjaya menambat hati hampir keseluruh masyarakat Kawasan Arau malah seluruh Negeri Perlis dengan sikap peramah dan mudah mesranya.

Beliau bergaul dan bercampur dengan segenap lapisan masyarakat tak kira umur, pangkat, bangsa dan jantina sejak dari zamannya sebagai pelajar dan Pegawai Kerajaan dan seterusnya sebagai Menteri Besar.

Ushanya mempelupuri program Ehya Mesjid dan Majlis berbuka puasa bersama rakyat semasa era pentadbirannya memberi impak paling berkesan dan berjaya menarik perhatian rakyat jelata.

Beliau juga semasa menjadi Menteri Besar dulu sering berkunjung kerumah orang-orang kampong dan sering menghulurkan bantuan peribadi terutama kepada mangsa bencana alam, orang sakit dan rumah kenduri kahwin. Caranya bergaul, bercakap dan pemurah itu menjadikan beliau di iktiraf sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Dan sekarang setelah tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran negeri, beliau tetap terus dengan gayanya. Beliau kini lebeh selesa dengan pakaian jubahnya dan sering kelihatan bersama jemaah lain dalam majlis-majlis ilmu pada setiap malam di mesjid tertentu.

Orangkampong percaya laluannya untuk kekal sebagai Ketua Bahagian UMNO Arau terlalu mudah. Beliau pasti akan berhabisan untuk mempertahankan kedudukkannya bagi membolehkan beliau berkuasa semula di PRU ke-13 akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s