BULAN KENDURI KAHWIN

Disember bagai bulan pesta kahwin bagi masyarakat Melayu di seluruh pelusuk tanahair. Sana sini sibuk dengan kenduri kahwin. Kita semua pun turut sibuk kesana sini menghaziri undangan kenduri kahwin dikalangan saudara mara, rakan taulan, kenalan dan jiran.

Cuti persekolahan akhir tahun yang panjang ini telah memberi kesempatan kepada pasangan-pasangan pengantin baru memilih bulan desember sebagai tarikh keramat mereka. Manakala hari Sabtu dan Ahad pula merupakan hari paling digemari untuk diadakan majlis kenduri tersebut.

gambaqkawen

Orang Kampong pun banyak terima kad undangan kenduri kahwin pada bulan ini.  Semua hari Sabtu dan Ahad sepanjang desember ini telah dipenuhi dengan jadual kenduri kahwin. Menerima jemputan melebehi dari satu telah menjadi kebiasaan dan adakalanya terdapat hingga empat atau lima jemputan untuk sehari.

Apa yang nak di ceritakan Orang Kampong kali ini ialah berkenaan kos bagi menjayakan majlis kenduri kahwin masa kini. Kebanyakkan masyarakat biasa kini terpaksa mengeluarkan Ringgit Malaysia Lima Ribu hingga Lima Belas Ribu bagi membiayai perbelanjaan perkahwinan. Ini tidak termasuk belanja Mas Kahwin dan Wang Hantaran yang rata-rata disekitar Ringgit Malaysia Lima Ribu hingga Lima Belas Ribu yang terpaksa disediakan oleh bakal pengantin lelaki

Kos membiayai urusan majlis perkahwinan ini akan berlaku peningkatan dari masa kesemasa dan ianya bergantung kepada keupayaan dan kedudukan ekonomi seseorang. Kos ini sememangnya boleh menjadi kurang sekiranya beberapa langkah penjimatan dan reformasi dilakukan oleh mereka yang terlibat.

Kepada bakal pengantin terutamanya lelaki dan kaum ibu serta bapa, bersedialah menghadapi situasi ini bila tiba masanya. Yang penting anak-anak kita perlu berkahwin sebagaimana kehendak agama dan jangan ada perkara yang boleh menghalang niat suci mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s