AL-KISAH SENARIO SUATU PAGI DI PEJABAT KERAJAAN….

Al-kisah pada 21 Disember semalam orangkampong berurusan dengan sebuah Jabatan Kerajaan iaitu Pejabat Agama Daerah Kota Star.

Orangkampong memang jarang merungut atau suka melenting kalau tidak mendapat layanan sempurna dari mana-mana pehak kerana telah faham benar dengan resam dunia ini.

Tapi hari ini orangkampong ingin memaparkan salah satu senario yang sering berlaku kepada orang awam atau pelanggan yang berurusan dengan sektor awam. Dan senario sebeginilah yang walaupun kecil dan terpinggir tetapi meninggalkan kesan yang buruk keatas mereka yang terlibat.

Masaalah yang berlaku keatas orangkampong terlalu kecil sekali. Orangkampong hanya diminta menyedia satu lagi tambahan salinan keatas borang permohonan nikah yang telah lengkap diisi. Untuk ini orangkampong dikehendaki pergi membuat salinan tersebut di kedai yang letaknya di luar kawasan komplek pejabat berkenaan. Apa yang sedehnya di sisi pegawai berkenaan memang terdapat mesin pendua dan pegawai berkenaan memberi alasan sememangnya aturan pejabat tidak membenarkan dibuat salinan untuk pelanggan.

Yang peliknya salinan borang tersebut perlu dibuat memang perkara resmi dan kalu nak jimatpun carilah hal-hal lain dan pelanggan juga telah membayar rm4 untuk urusan peenghantaran borang permohonan nikah tersebut.

Bukankah ini senario yang memedehkan hati pelanggan. Perasaan ini lah yang membuatkan mesyarakat umum selalu melebelkan Pegawai Kerajaan pada tahap kelas dua berbanding dengan kakitangan sektor swasta.

Nasihat kepada mereka yang nak berurusan dengan pejabat kerajaan ada seperti berikut:

1. Pakai cara orang kampong dan buat-buat bodoh dan cakap banyak-banyak dan bising-bising kat pejabat atau

2. Pakai kemas-kemas kalau boleh pakai kot dan bertali leher menyamar sebagai ketua jabatan dan minta jumpa terus dengan Pengarah dia.
Kalau tidak bersabar sajalah tengok dan ikut cakap mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s