ISTANA PERAK TERKENA JERAT

Dengan tidak semena-mena DYMM Sultan Perak turut terlibat secara terus dalam kemelut politik Negeri Perak.
Keputusan DYMM yang dikatakan berpihak kepada BN boleh menimbulkan pelbagai tanggapan di kalangan rakyat jelata.

Secara kasarnya rakyat negeri Perak kini mempunyai sama banyak penyokong dan ahli yang mendokong parti BN dan Pakatan Rakyat.

Keputusan DYMM yang menitahkan MB Datuk Seri Nizar melepaskan jawatannya sudah tentu menimbulkan kemarahan penyokongnya. Secara tidak langsung kemarahan ini sedikit sebanyak akan terus membara hingga boleh menimbulkan kebencian gulungan ini terhadap institusi kesultanan Perak itu sendiri.

Orangkampong pun merasa terkejut dengan keputusan tersebut. Semua pehak menjangkakan pembubaran DUN negeri Perak adalah yang terbaik bagi semua pehak. BN dan PR boleh sama-sama membuktikan kekuatan masing-masing dan bertarung sebagai anak jantan dalam pilihanraya kelak.
Orangkampong semua tahu PR memang yakin akan terus mendapat sokongan pengundi dan rakyat seterusnya. Namun BN sebenarnya maseh ragu-ragu dan takut akan kecundang seperti keputusan PRK di Kuala Terangganu dan Permatang Pauh.

Kini nasi telah menjadi bubur, sedikit sebanyak perasaan sebahagian rakyat Perak telah tercalar dengan peristiwa ini. Orangkampong berharap tidak akan lahir semula Hang Jebat yang akan mengamuk di negeri Perak.

0 thoughts on “ISTANA PERAK TERKENA JERAT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s