SOKONG LARANGAN PEGAWAI KERAJAAN BERPOLITIK.

Larangan keatas Penjawat Awam bergiat aktif dalam politik amat bertepatan sekali. Mereka ini tidak sepatutnya dibenarkan memegang sebarang jawatan penting dalam mana-mana pertubuhan politik.

Amat malang sekali kepada rakyat negara ini jika sekiranya larangan ini di tarik semula. Alasan negara akan rugi jika mereka tidak di benar memegang jawatan dalam pertubuhan politik tidak dapat di terima samasekali.

Sebagai Penjawat Awam mereka ini telah secara langsung terlibat dalam pembangunan negara dan rakyat khususnya. Malah sumbangan para Penjawat Awam sebenarnya lebeh ketara dan paling berkesan kerana merekalah kumpulan pelaksana dasar-dasar kerajaan yang di putuskan oleh ahli-ahli politik.

Apa yang perlu sebenarnya pertubuhan-pertubuhan politik terutama JKKK yang ada perlulah rajin-rajin minta nasihat kepada mereka ini dan kalau perlu lantiklah mereka-mereka ini sebagai penasihat kepada jawatankuasa tertentu.

Kepada penjawat Awam pula, orangkampong ingin nasihatkan agar berkhidmatlah dengan penuh rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Apakah anda perlu sandang jawatan penting dalam pertubuhan politik baru nak berkhidmat pada agama,bangsa dan negara? Apakah sekarang ini para Penjawat Awam tidak menyumbang kepada pembangunan negara?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s