TAHNIAH PM BARU MALAYSIA.

avatar_ehsan

Tahniah dari orangkampong buat Datuk Seri Najib kerana dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Melihat kepada prestasi dan pengalaman beliau selama 30 tahun berada dalam barisan kepimpinan negara, orangkampong yakin beliau mampu memikul tanggungjawab ini.

Sebagai mewakili gulungan rakyat bawahan, orangkampong sangat-sangat berharap DS Najib akan memberi lebeh tumpuan dan keutamaan kepada memberi kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada rakyat jelata. Tidak ada guna negara maju kalau rakyatnya tidak merasai nikmat dan hidup tidak sempurna. Apa yang penting dan lebeh utama rakyat dapat menikmati secara total akan nikmat pembangunan negara.

Kerajaan masakini perlu melaksanakan dasar-dasar mengikut kehendak dan keperluan rakyat. Kerajaan terutama pemimpin dari segenap lapisan kini perlu belajar untuk menjadi pendengar yang baik kepada permasaalahn rakyat. Rakyat terutama dari kalangan bawahan selama ini terasa macam terpinggir dan tidak dihiraukan. Apa kehendak dan kemahuan rakyat tidak diutamakan.

Janji DS Najib untuk membuat perubahan dalam kepimpinan barunya amat dinantikan. Rakyat kini telah mula memberi kepercayaan dan menantikan perubahan yang bakal dilaksanakan. Marilah sama-sama kita beri peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuannya sebagai pemimpin ulung negara ini sama macam kepimpinan arwah ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak yang dikasehi.

Orangkampong mendoakan agar beliau akan beroleh petunjuk dari Allah yang Maha Besar dan menjadi pemimpin negara ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah untuk kesejahteraan serta kemakmuran kita semua rakyat Malaysia.

One thought on “TAHNIAH PM BARU MALAYSIA.

  1. Abdullah Ismail says:

    Ok,kita tengok sejauh mana Rakyat di dahulukan Pencapaiaan diutamakan.Takut2 nanti dia orang tukar jadi projek dulu rakyat biag pi.

    He.he.he.tukar PM tukar pula mottonya……….
    Dewan Bahasa boleh buat buku himpun motto kerajaan Malaysia kot.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s