BN TEWAS LAGI

Hari ini orangkampong puas memasang telinga mendengar para sahabat berborak pasal kekalahan BN dalam PRK di P59 dan N25.

Macam-macam cerita dan andaian keluar dari mulut mereka. Yang bagusnya pendapat mereka ini ikhlas dan menunjukkan datang dari isi hati mereka sebagai rakyat marhaen.

Semua pendapat berfokas kepada mengapa sokongan pengundi kini memihak kepada calon Pakatan Rakyat?

Banyak faktor sebenarnya yang menyumbang kepada kekalahan BN di Dua Bukit pada pilihanraya kecil 7 April. Kalau nak bincang secara detail seminar tiga hari tiga malam baru cukup masa. Semua sependapat  bahawa kerajaan pimpinan BN sekarang telah gagal memenangi hati rakyat dan banyak kehendak rakyat tidak di penuhi. Rakyat bawahan merasa mereka di pinggir oleh  pemerintah dan suara mereka tidak di pedulikan

Kita tidak patut menyalahkan dasar atau pak Menteri semata-mata. Semua pehak sebenarnya menjadi penyumbang kepada permasaalahan ini. Bermula dari peringkat JKKK di kampong hingga kepada agensi-agensi kerajaaan,  semuanya terlibat dan telah gagal memainkan peranan masing-masing dalam memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat. Kelemahan dan kegagalan mereka ini telah menimbulkan kemarahan rakyat yang mula bertindak mengecam pehak pemerintah dan seterusnya menggunakan kuasa undi mereka.

Kegagalan pemimpin-pemimpin BN dari peringkat cawangan hingga negeri menambahkan lagi api kemarahan gulungan rakyat marhaen ini.

Kepada Dato Seri Najib, jangan putus asa. Pisau di tangan anda sekarang. Gunakan sebaik mungkin dan kotakan janji dan hasrat murni Datok Seri untuk meneruskan perjuangan sebagaimana Allahyarham Ayahanda Tun Abd.Razak yang disenangi semua rakyat jelata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s