SAMPAI BILA NAK BERNIAGA MACAM NI ?

Sampai bila Melayu nak berniaga macam ni?

Sampai bila Melayu nak berniaga macam ni?

Orangkampong suka berbelanja di Pekan Sehari, Pasar Tani atau Pasar Malam bagi mendapatkan bekalan makanan terutama barangan basah seperti sayuran, ikan, buah-buahan dan lain barangan segar untuk kegunaan harian keluarga.

Apa nama pun pasar ini, konsepnya sama sahaja di setiap negeri dan telah ujud sejak zaman bapa-bapa kita dulu kala lagi. Boleh dikatakan pasar bergerak ini beroperasi pada setiap hari tapi di kawasan yang berbeza.Itulah sebabnya di setengan tempat dikenali sebagai Pasar Minggu, Pasar Sehari dan berbagai nama lagi.

Perniagaan ini sebenranya memberi peluang begitu luas sekali kepada yang berminat untuk berniaga terutama yang baru mula nak berjinak-jinak memulakan perniagaan.Kalau nak tengok orang Melayu berniaga inilah medanya dan ada diantara mereka telah terlibat lebeh dari 20 tahun dan ada yang mewarisinya dari perniagaan keluarga.

Apa yang orangkampong ingin mengutarakan ialah sampai bila jenis perniagaan ini akan berubah wajah. Tidak berhajatkah pehak berkuasa untuk menyediakan tempat khas yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk peniaga-peniaga ini.

Sebenarnya inilah medan atau tempat orang Melayu untuk menjalankan perniagaan.Gulungan ini tidak akan berupaya untuk berniaga di Gedung-Gedung Perniagaan atau Rumah Kedai yang tersergam bernilai ratusan ribu ringgit. Saya percaya mereka ini sampai bila pun tidak akan berupaya memiliki rumah kedai untuk membesarkan perniagaan mereka di masa hadapan.Ini lah kerana para pemaju tampa kesian belas akan senantiasa menaikkan harga rumah kedai dari masa kesemasa menyebabkan kita tidak akan mampu mengejarnya.

Jadi sesuai dengan slogan Rakyat di dahulukan, orangkampong berharap gulungan peniaga ini di beri perhatian, dan apa salahnya di sediakan tapak yang sesuai penuh dengan segala kemudahan untuk merangsang perniagaan gulungan peniaga Pasar Sehari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s