PRU13:MAMPUKAH PR TAWAN PERLIS

Rancangan PR untuk menawan Perlis pada PRU 13 seperti yang dihasrat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipandang sepi oleh pehak BN.

Dakwaan ini timbul apabila terdapat segelintir ahli UMNO mula berminat untuk menyertai parti pembangkang akibat berlakunya pergolakan dalam parti komponen BN terutamanya UMNO di negeri Perlis.

Negeri Perlis yang mempunyai 3 kawasan Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri kini selesa dikuasai kerajaan BN dengan pembangkang melalui parti Pas hanya menguasai 2 kerusi DUN iaitu di N.15 Sanglang dan N.14 Simpang Empat.

Melihat kepada keputusan PRU 12 pada 2008 lalu sememangnya dakwaan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu bagai pungguk rindukan bulan. Namun kalau kita melihat kepada iklim PRK di sepanjang 2009 dan citarasa pengundi kini, tidak mustahil kejutan boleh berlaku dan kerajaan BN akan tercabar.

Walaubagaimanapun usaha keras dari PR adalah sangat dikehandaki terutamanya dalam menampilkan barisan kepimpinan yang kuat dan setanding dengan pemimpin-pemimpin BN yang sememangnya terbukti kukuh.

Kepimpinan kerajaan BN negeri Perlis gandingan lama dan baru yang diterajui oleh MB baru Dato Md Isa Sabu tentu akan ada formula baru untuk memperkuatkan lagi jentera BN di Perlis. Mampukah pemimpin PR Perlis berhadapan dengan DS Radzi, Datuk Azmi Khalid, DS Shahidan Kassim dan barisan pemimpin baru yang lain seperti Datuk Seri Syed Razlan dan Datuk Zahidi.

Hingga kini PR hanya bergantung harap kepada Ustaz Hashim Yassin dan Anuar Tahir untuk mencabar kerajaan BN di Perlis. Mampukah mereka menggempurnya atau ianya merupakan harapan agar kemelut masaalah dalaman UMNO Perlis akan berlarutan hingga kepada PRU13 kelak.

One thought on “PRU13:MAMPUKAH PR TAWAN PERLIS

  1. terracota says:

    Insyaallah, berkat doa rakyat Perlis yang sentiasa ketinggalan maklumat terkini. Cuma sebahagian sahaja yang sentiasa melayari internet. pada awalnya amat sukar untuk mengalihkan momentum yang telah ditinggalkan oleh Shahidan.

    Tetapi setelah setahun lebih Perlis diterajui oleh team recycle dan dibantu oleh pemimpin baru yang sengkek, maka kedengaran keluhan demi keluhan dari segenap pelusuk Perlis.

    Oleh itu, janganlah terkejut bahawa Pakatan Rakyat bakal membuat kejutan dibeberapa DUN dalam negeri Perlis. Dan samada PAS atau PKR bakal mengetuai kerajaan baru Perlis untuk PRU 13 tidaklah menjadi persoalan sangat.

    Cuma kami ingin menyampaikan ingatan buat teman-teman perjuangan terus sehingga PR berjaya di Perlis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s