MENGETUK PINTU LANGIT :Nahmar Jamil

Karya beliau jadi rujukan pelajar sekolah

Karya beliau jadi rujukan pelajar sekolah

Nahmar Jamil yang menetap di Kg.Tok Paduka, Kangar merupakan penyajak terkemuka dari Perlis. Banyak karya-karyanya telah dibuku dan di terbitkan. Salah sebuah buku himpunan sajak-sajaknya turut menjadi buku tek bagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Semalam Orangkampong sempat berbual dengannya sambil minum pagi di Lorong Bazar Kangar. Beliau kini sedang memahirkan dirinya dengan penggunaan komputer dan bercadang untuk memiliki Blog sendiri sedikit masa lagi.

Katanya lagi, satu lagi karya himpunan sajak-sajak terbarunya akan di keluarkan oleh sebuah syarikat terbitan tempatan sebelum akhir tahun ini.

Akhirnya sempat juga Orangkampong meminta salah satu nukilan sajaknya untuk disiarkan dalam blog ini.

MENGETUK PINTU LANGIT

Orang pergi ke angkasa dengan roket
untuk melihat bulan, bintang atau bumi
persiapannya lama dan rapi
tidak boleh alpa walau seminit.

Tetapi aku mengetuk pintu tujuh langit
hanya sedikit dengan doa
segala kesyukuran bagi Allah
segala keampunan dan kerahmatan daripada Allah.

Ya Allah, perkuatkan iman hamba-Mu yang lemah
selamatkan kaum muslimin di seluruh dunia
selamatkan Negara kami daripada kaum munafikin, kafirin
hanya engkau Rab, penyelamat kami dunia dan akhirat.

Nahmar Jamil 1430-2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s