PILIHANRAYA Lagiiiiiiiiiiii!

Paksu Pencen

Paksu Pencen

Tahun ini nampaknya boleh dinobatkan sebagai tahun Pilihanraya. Rasa-rasanya macam setiap bulan ada saja cerita pilihanraya di negara kita ni. Baru saja selesai berkempen di Permatang Pasir, kini akan berkhemahlah pula para petugas politik di Bagan Pinang Negeri Sembilan.

Kali ini giliran BN pula untuk mempertahankan kerusinya dimana DUN Bagan Pinang yang dulunya dimenangi oleh Allahyarham Azman Mohd Nor dengan majoriti 2333 undi mengalahkan calun PAS. Dalam pilihanraya dulu BN memperolehi 6430 undi manakala PAS berjaya memperolehi 4097 undi sahaja.

Barisan Nasional dijangka mempunyai peluang cerah dengan bergantung kepada kelebehan undi sebanyak 2333 undi yang di perolehi pada PRU 12 lalu. Sungguhpun begitu BN terpaksa bekerja keras terutama untuk menarik undi dari kalangan pengundi bukan Melayu iaitu sebanyak 34% (Cina – 10.5% India – 19.9% Lain – 3.5% ). Jumlah pengundi berdaftar ialah 14192 orang.

Apa yang lebeh menarik lagi, DUN Bagan Pinang ini terletak dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang yang di menangi oleh PKR. Keadaan ini sudah tentu akan menjadikan gelanggang PRK DUN Bagan Pinang bertambah sengit.

Apa-apa pun PRK kali ini amat penting bagi kedua pihak samada BN atau pun PR. Keputusan PRK ini kelak akan dijadikan asas kekuatan masing-masing dan akan menjadi ukuran sejauhmana penerimaan pengundi kawasan berkenaan terhadap kerajaan yang ada masa kini.

Bagi penduduk dikawasan DUN Bagan Pinang, pandai-pandailah cari peluang keemasan bersempena pilihanraya kecil ini.

One thought on “PILIHANRAYA Lagiiiiiiiiiiii!

  1. Paksupencen says:

    Tq kerana melayari Paksupencen. Maaf dah tak buat dah kerja tu. Masa kerja dulu mmg kena buat laa…………….p kat pej setiausha syarikat atau akaun, depa dok buat kerja tula…..janji bayag!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s