INGINKAN KEHIDUPAN YANG SEMPURNA ?

Paksu Pencen

Paksu Pencen

Semua kita yang hidup di dunia ini, samada lelaki ataupun perempuan, mengidamkan suatu kehidupan yang bahagia lagi sempurna. Sehubungan dengan itu kita berusaha mencari dan melakukan pelbagai perkara agar cita-cita tersebut diperolehi.

Sebenarnya tujuan kita hidup di dunia ini ialah untuk menjadi hamba Allah yang taat melakukan amanahnya agar kelak mendapat tempat yang terbaik di sisinya.

Sekiranya kita dapat memperkuatkan iman kita dengan senantiasa taat melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya, insyallah kehidupan seharian kita di dunia ini akan mendapat perlindungan dan rahmat darinya.

Antara kaedah terbaik bagi membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang sedemikian, amalan berikut boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita :

* Melakukan solat lima waktu dengan baik ( lakukan pada awal waktu dan berjamaah di mesjid serta dengan kaifiat dan tatacara yang sempurna bagi menjamin penerimaannya)

* Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan segaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

* Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w., sirah para sahabat Nabi dan mengamalkan sunnahnya.

* Selalu membaca dengan memahami isi kandungan al-Quran.

* Senantiasa melakukan muhasabah diri (menilai semula amalan), khususnya dengan memerhatikan persiapan untuk menghadapi hari esok di akhirat (selepas kematian), dengan amalan, kebajikan serta menjauhi dari melakukan perkara yang menjadi kemurkaan Allah.

* Bergaul dan bercampurlah dengan kawan taulan yang yang terdiri dari gulungan mereka-mereka yang solleh dan sollehah.

* Perbanyakkan aktiviti kebaikan dan kebajikan yang membawa kepada ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah dalam menjalani kehidupan dengan sempura di dunia ini serta kemudiannya mati pada jalan yang diredainya. Amin

sumber ;
ruangan forum agama akhbarharian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s