RUGI KERANA RASUAH AS$300 BILION

Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah
Sep 23, 09 8:10pm
Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

“Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan,” kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

“Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan,” kata Labelle.

“Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka,” katanya. BERNAMA

NOTA;

Rasuah berlaku di mana-mana dan dalam pelbagai bentuk. Paksu Pencen percaya semua kita pernah terlibat samada sebagai penerima atau pemberi. Masaalahnya kita hanya berani melaung dan menyalak menghina dengan lantang tapi tidak satu tindakan yang berani kita lakukan. Apatah lagi untuk memaparkan pengalaman sendiri kerana masing-masing mempunyai kepentingan beroleh keuntungan kerananya.

Mengapa perbuatan ini berleluasa ? Semuanya kerana fitrah manusia yang amat suka pada perhiasan, banyak, harta dan paling seronok lagi bila boleh memperolehi dan memiliki sesuatu tampa perlu bersusahpayah. Dengan lain perkataan FOC. Jadi tak hairanlah kalau Rasuah ini memang diminati semua orang dari gulungan rakyat biasa hingga kepada gulungan peringkat paling tinggi yakni Pemimpin Negara sekalipun.

Ganbar hiasan: Kepada merekalah kita sandarkan kebolehpercayaan untuk menangani isu RASUAH.

Ganbar hiasan: Kepada merekalah kita sandarkan kebolehpercayaan untuk menangani isu RASUAH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s