LAGI KES RASUAH NEGARA

Laporan rasuah di ICAC, Hong Kong
Posted on Oktober 1, 2009 by Shamsul Iskandar

Saya bersama Ketua AMK Cabang Semporna, Sabah tiba di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 9 malam. Saya mempunyai jadual yang agak padat di Hong Kong sebermula esok 2/10/2009. Selain ke Independent Commission Against Corruption (ICAC), North Point, Hong Kong pada jam 10 pagi, saya juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Hong Kong. Saya juga akan bersolat jumaat di Islamic Kasim Tuet Memorial College yang dipimpin oleh saudara Imam Yusuf C.W. Yu.

Pada 14 Ogos 2008 yang lalu, semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah RM 16 juta. ICAC kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Michael Chia. Melalui sumber dalaman, ICAC sedang menunggu maklumat tambahan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibawa oleh seorang individu warganegara Malaysia.

Beberapa siri pendedahan telah dilakukan oleh pimpinan AMK Sabah mengenai bagaimana Michael Chia boleh memperolehi kekayaan seperti itu. Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat kemudiannya telah membuat laporan polis terhadap Michael Chia mengenai salah laku beliau yang telah disyaki memalsukan pelan kawasan pembalakan dan kemudiannya mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit. Laporan lanjut boleh didapati di http://www.sabahkini.net.

Oleh kerana tiada tindakan susulan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beberapa pimpinan AMK Malaysia dan juga Sabah telah mencadangkan supaya laporan lanjut dikemukakan kepada ICAC. Saudara Khairul aka Jonah, Naib Ketua AMK telah mencadangkan untuk saya sendiri membuat laporan di ibu pejabat ICAC di North Point, Hong Kong. Pada hemat saya, sudah sampai masanya kita mengambil tindakan yang drastik untuk mencegah rasuah sehingga ke akar umbi walaupun terpaksa menggunakan agensi pencegahan rasuah daripada luar Malaysia !

Saya dimaklumkan oleh beberapa orang pegawai MAS, Musa Aman dan kroni-kroninya turut berlepas ke Hong Kong dan juga ke Australia jam 9 pagi tadi. Hari ini juga menyaksikan kes rasuah Michael Chia dibicarakan di Mahkamah Sesyen Sandakan, Sabah.

Walaupun kami agak bimbang dengan keselamatan diri, namun kami percaya sesuatu mesti dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menyelamatkan wang yang sepatutnya dipulangkan semula ke pangkuan rakyat Sabah. Insya Allah, isu ini tentunya akan saya bangkitkan di dalam kempen pilihanraya kecil di Bagan Pinang nanti.

Selamatkan wang rakyat !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Kowloon, Hong Kong

NOTA:

Mrilah ramai-ramai rakyat Malaysia melapurkan kisah-kisah durjana ini yang sama kejinya macam kes jenayah lain seperti Dadah, Khalwat, Rompakan, Pembunuhan dan lain-lain yang selalunya menjadi isu panas di dada akhbar harian.

Kepada yang berpengalaman dan pernah terlibat dalam urusan RASUAH dan MERASUAH suatu ketika dahulu dan kini telah bertaubat bolehlah memaparkan kisahnya.

Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Allah menjadikan semuanya terbaik di dunia ini, tapi kita sahaja yang memilih untuk melakukan yang buruk dan salah dari segi hukum Allah mahupun undang-undang dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s