DRAMA AKULAH MAUT

NAHMAR JAMIL PENULIS YANG BERASAL DARI PERLIS MULA BERKARY SEJAK 1954

NAHMAR JAMIL Penulis yang berasal dari Perlis mula berkarya sejak 1954

AKULAH MAUT merupakan buku kumpulan drama terjemahan Nahmar Jamil atau nama penuhnya Na’man bin Haji Mohd Rawi. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1938 merupakan penyair seangkatan dengan Jihaty Abadi dan Suhaimi Haji Muhammad tetapi beliau memilih aliran sastera yang berbeza dengan mereka iaitu aliran sastera Islam.

Beliau mula menulis pada usia 16 tahun (1954). Selain puisi, beliau juga menulis cerpen, novel, esei, buku umum dan terjemahan dan empat antologi cerpen terjemahannya, empat novel terjemahan dan empat antologi cerita kanak-kanak terjemahan telah berjaya diterbitkan.

Sepanjang penglibatan beliau sebagai penulis, beberapa anugerah telah berjaya dimenanginya termasuk sembilan Hadiah Sastera (1957-1989)puisi dan cerpen dan terjemahan. Beliau dikurniakan Pingat PJK oleh Kerajaan Perlis pada 1992 serta dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1419 oleh MAIPs serta anugerah Tokoh Penulis pada 2002 oleh Persatuan Penulis perlis.

AKULAH MAUT kumpulan drama Terjemahan Nahmar Jamil kali ini adalah beberapa babak drama Islam yang diterjemahkan dari karya beberapa penulis dari Kuwait , Mesir dan Perancis serta dua hasil karya Nahmar sendiri. Antara penulis asal karya ini ialah Muhamad Ali Al-gharib dari Kuwait, Taufik Al-Hakim dan Ahmad Shauki Al-Fanjari dari Mesir serta penulis dari Perancis Eugene Eunisco.

AKULAH MAUT yang diterbitkan oleh brainwavecommunications boleh di perolehi di kedai-kedai buku terpilih dengan harga RM15 atau hubungi 0175476743 ( Hj.Li.)

AKULAH MAUT BUKU TERJEMAHAN NAHMAR JAMIL TERBARU

AKULAH MAUT BUKU TERJEMAHAN NAHMAR JAMIL TERBARU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s