SEMUA INI KERANA WANITA

10 Oktober 2009
Ong Tee Keat akur dengan keputusan perwakilan

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau akur dengan keputusan yang dibuat oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang berlangsung pada Sabtu.

Antara lain para perwakilan telah mengundi untuk meluluskan usul undi tidak percaya ke atasnya namun majoriti yang diperolehi tidak mencukupi dua pertiga yang diperlukan untuk menyingkir Tee Keat dari jawatannya.

Perwakilan juga telah meluluskan resolusi untuk tidak mengembalikan kerusi timbalan presiden kepada Datuk Dr Chua Soi Lek tetapi telah meluluskan usul untuk menerimanya semula sebagai ahli parti.

Bercakap kepada para pemberita sejurus selepas tamatnya EGM itu lewat petang Sabtu, Tee Keat berkata, Jawatankuasa Kerja Pusar MCA dan Majlis Presiden akan duduk berbincang hasil keputusan yang telah dibuat oleh para perwakilan.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 5:52 PM

NOTA:

Isu ini bermula apabila drama Dr.Chua Soi Lek bersama perempuan simpanannya berasmara telah sebarkan kepada umum. Isu ini telah berlarutan sekian lama sehingga Dr.Chua orang kuat MCA hilang jawatan dalam kabinet dan kerusi Parlimennya.

Kini isu ini telah sampai kepada klimaknya bilamana perwakilan MCA telah menolak Presidennya Datuk Seri Ong Tee Kiat dengan meluluskan undi tidak percaya kepadanya.

Syabas kepada perwakilan MCA yang telah terlebeh dahulu membuat perubahan yang paling drastik sekali dalam sejarah politik tanah air terutama dalam Barisan Nasional.

Apa yang Paksu Pencen nak cerita ialah betapa kuatnya pengaruh WANITA yang sering dikaitkan boleh menggoncang dunia walaupun tangannya dulu hanya menghayun buaiyan. Nah kini telah terbukti, hanya kerana WANITA dua orang kuat MCA jatuh tersungkur.

Ayuh WANITA teruskan perjuangan mu………..

Gambar Hiasan : Tengok Aida Rahim, walaupun telah berusia 50an tapi masih menawan dan bisa menggoncang dunia.

Gambar Hiasan : Tengok Aida Rahim, walaupun telah berusia 50an tapi masih menawan dan bisa menggoncang dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s