BAGAN PINANG : Apo nak dikato

Inilah akhirnya. Pelaburan 1M sudah mila menampakkan labanya.

Inilah akhirnya. Pelaburan 1M sudah mila menampakkan labanya.

TAHNIAH ! kepada yang menang dan boleh tidur nyenyak kerana tak perlu teruk-teruk buat post mortem. Tapi kena letih dan sibuk buat jamuan kenduri besar-besaran untuk menjami par penyokongnya lah pulak.

Kepada yang kalah, tak perlu risau pun kerana adat bertanding tentu ada yang kalah dan akan ada yang menang. Tapi bila dah keputusannya agak mngecewakan dengan kata lain kalah teruk, kenalah berfikir banyak sikit untuk mencari kelemahan diri dan punca sebenar kekalahan itu.

Paksu Pencen sebagai gulungan rakyat biasa menganggap pilihanraya ini sebagai memilih calun popular saja macam nak undi AF kat astro juga. Siapa lebih promosi dan boleh menawan hati penonton insyaallah menanglah ia. Isu-isu negara dan isu besar ni kekadang rakyat bukan ambil kisah sangat.

Misalnya di Bagan Pinang, Tan Sri Isa sememangnya sangat popular bukan sahaja di Bagan Pinang malah seantario negara dikenali orang. Tak kiralah kerana apa, tapi sebagai Mantan MB Negeri 9 dan Menteri Kabinet Malaysia sudah tentu jasanya tetap ada dan di kenang orang Bagan Pinang.

Jadi lain kali pembangkang kenalah pilih calun yang sebegitu rupa yang menjadi ikon dan dan penggerak masyarakat di kawasan pilihanraya berkenaan terutama bagi kawasan luar bandar.
Orang kampong susah nak menerima orang luar yang tak di kenali.

Apa pun, Datuk Seri Najib boleh tersenyum lebar dan modal bicara untuk Perhimpunan Agung Khas UMNO sudah sedia ada. Nampaknya 1Malaysia yang mengutarakan Rakyat didahulukan dan Pencapaian ditamakan telah mula menampakkan hasilnya.

Harap-harap pembentangan budget pada ujung Oktober nanti akan banyak lagi rakyat akan dapat limpah nikmat hasil dari kekayaan negara tercinta ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s