MENARA ALOR SETAR; RM 4 Juta untuk Tarik Pelancong

Menara Alor Setar yang dibina TMB dengan kos RM40juta

Menara Alor Setar yang dibina TMB dengan kos RM40juta

Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Star, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.

Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Paksu dengar berita sejumlah RM4 juta telah diperuntukkan untuk kerja baikpulih Menara ini bagi pembaikkan lif, mengecat semula dan penambahan kiosk perniagaan.

Semoga objektif untuk menjadikan Menara ini sebagai daya tarikkan pelancong tercapai dan berbaloi dengan kos RM4 juta yang dilaburkan tersebut.

Yang pastinya, ada Syarikat akan merasa lega dengan adanya peruntukkan sebanyak ini dalam keadaan kelembapan sekarang ini. Nak dapat untung besar mesti pelaburannya juga besar. Nanti siap kelak ramailah pelancong-pelancong berkunjung ke Kedah dan akan menyumbangkan pendapatan kepada negeri dan rakyat, kata mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s