AKAN BERUBAHKAH UMNO !

Utamakan rakyat. Amaran Najib kepada pemimpin UMNO

Utamakan rakyat. Amaran Najib kepada pemimpin UMNO

Amaran Najib kepada ahli UMNO

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya tidak ada pihak dalam Umno yang cuba merosakkan sistem baru yang bakal dilaksanakan untuk memulihkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Jangan sesekali nak rosakkan sistem baru ini. Kita serius kali ini, minta maaf, kalau cuba (merosakkannya) akan tanggung (akibatnya),” kata presiden Umno ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung ke-60, petang ini.

Beliau mengingatkan bahawa apa yang rakyat mahu melihat ialah imej Umno bersih dan benar-benar mahu membantu mereka dan menjadi juara rakyat.

Oleh itu, Najib mahu semua peringkat ahli dan pemimpin parti itu supaya mengambil semangat baru bagi memperkukuhkan parti dan mengikis sikap-sikap lama dan negatif yang boleh menjejaskan parti.

Sehubungan itu, katanya, Umno akan kembali kepada matlamat asal penubuhannya sebagai sebuah parti pergerakan massa.

Dahulunya, katanya, Umno jadi kuat kerana ia merupakan parti pergerakan massa, bukan parti golongan elitis atau golongan bangsawan.

PAKSU PENCEN PUN BERKATA …..

Teruk sangatkah UMNO sampai Datuk Seri Najib nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk melihat perubahan yang sedemikian rupa.

Sebenarnya apa yang diubah hanyalah berkisar kepada perkara pemilihan pucuk pimpinan sahaja dan perubahan ini nampaknya lebih kepada bagi mengelakkan berlaku perebutan jawatan yang tidak sihat dalam UMNO.

Apa yang penting ialah mampukah perhimpunan agung khas ini boleh meraih kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang? Apakah dengan usaha untuk mengumnokan semua rakyat boleh menjamin undian untuk BN akan bertambah?

Dari pengalaman Paksu Pencen berada di kampong, peranan UMNO Cawangan sebenarnya dimainkan oleh sekumpulan manusia berkepentingan sahaja. Penduduk kampong lain sebenarnya tidaklah begitu ambilpeduli sangat dan lebeh kepada hanya menjadi pengikut setia sahaja. Mereka ini sebenarnya tidak kisahpun kalau pemimpin tidak turun padang atau UMNO tidak menjalankan aktiviti.

Yang penting bagi gulungan ini ialah perjalanan hidup mereka tidak di bebani oleh masaalah inflasi, pengangguran, kejatuhan harga komuditi dan mereka ini sangat bersetuju dengan slogan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Walaubagaimanapun kita patut berbangga dengan Datuk Seri Najib yang berani meletakkan punca kekalahan teruk BN dalam PRU 12 lalu kepada UMNO dan menyedari bahawa parti ini hampir tersasar dari tujuan dan matlamat asalnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s