BONUS DUA BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.

Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.

Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari Jumaat.

Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.

“Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.

— BERNAMA

PAKSU PENCEN PUN BERKATA……

Syok la depa semua, raya sakan lagi dan jurujual kereta pun senyum lebar kerana boleh jual banyak biji dan banyak dapat komisennya.

Baguslah tu, menepati slogan rakyat diutamakan dan seperti kata Datuk Seri Najib bahawa kerajaan kena ada hubungan intim dengan penjawat awam.

Penjawat awam sememangnya digeruni oleh para pempimpin politik negara kerana banyak rahsia kerajaan di dalam pengetahuan mereka. Lagipun mereka adalah gulungan pelaksana dasar-dasar kerajaan yang merupakan faktur penting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek.

Yang pentingnya ialah menentukan gulungan Penjawat Awam ini menjadi penyokong kuat kerajaan serta memenangi hati mereka sebagai persediaan PRU 13 akan datang.

Gambar hiasan.Penjawat awam berharap PM akan umum bonus pada 23Oktober ini.

Gambar hiasan.Penjawat awam berharap PM akan umum bonus pada 23Oktober ini.

2 thoughts on “BONUS DUA BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM

  1. yafahana says:

    UMNO tak salah yang salah individu itu sendiri.Tak kira apa parti sekalipun kalau berkuasa nak bolot yang ada.Yang mana tak dapat akan menghina parti sendiri.Selagi bergelar manusia mana ada yang puas,kalau kita diuji sebegitu agaknya lagi teru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s