DR MOHD ASRI DI LAMAR PM NAJIB ?

ADAKAH BENAR BEKAS MUFTI PERLIS AKAN DI LAMAR PM NAJIB

DR.Mohd Asri bekas Mufti Perlis dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan DS Shahidan Kassim


Khabar angin sedang bertiup kencang mengenai Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis telah dilamar oleh PM Datuk Seri Najib untuk memegang jawatan dalam suatu pertubuhan Kerajaan UMNO.

Dr. Mohd Asri yang terkenal dengan kelantangan dan tulisan-tulisannya mengenai isu semasa berkaitan Agama dan politik sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan UMNO kerana beliau merupakan ayam tambatan kepada Dato Seri Shahidan Kassim semasa beliau bertugas sebagai Mufti Perlis sebelum ini.

Setelah tamat kontrak jawatan Mufti dengan Kerajaan Perlis, berbagai spekulasi telah timbul mengenai masa depan Dr.Mohd Asri. Beliau yang dilihat lebih cenderung kepada isu politik dikatakan akan meyertai salah satu pertubuhan politik masakini.

Ramai berpendapat Ulamak sebagaimana Dr. Mohd Asri ini sepatutnya berpendirian bebas dari pengaruh mana-mana Parti Politik sebaliknya menumpukan penuh perhatian kepada pengukuhan dan kefahaman agama kepada umat Islam sejagat. Mereka yang menyanjung dan meminati beliau lebih suka kalau Dr. Mohd Asri bergerak tampa dinaungi atau dipengaruhi mana-mana unsur atau kumpulan.

Apapun kita berharap Dr. Mohd Asri mempunyai percaturan yang terbaik untuk memenuhi cita-cita dan impian beliau. Dimana sekalipun dia berada, irama dan lagu yang dinyanyikannya biarlah sama agar perkara yang benar diperkukuhkan dan yang salah mestilah dirungkaikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s