CUEPACS JUMPA PM BINCANG BONUS

Cuepacs mahu PM perjelas isu bonus ; Akhbar Sinar

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya.:

“Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli. Sekarang kira keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli,” katanya kepada media selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, semalam.

Penjawat Awam Menunggu Pengumuman bonus

Gambar hiasan.Pemberian bonus seolah-olah menghargai perkhidmatan mereka.

Nampaknya sebelum ini PM tak jumpa pun Presiden Cuepacs untuk bincang pasal Bonus untuk Penjawat Awam. Kesian En.Omar seolah-olah tidak dihiraukan PM kini. Pesiden Cuepacs sebelum ini selalunya menjadi perhatian bukan saja PM malah oleh umum kerana ianya mewakili kumpulan Penjawat Awam yang ramai ahli-ahlinya,

Cuepacs kenalah buat sesuatu sebelum kepercayaan ahli masih lagi tebal terhadap pertubuhan ini. Sepatutnya Cuepacs dah lam menyelesaikan isu ini agar ianya tidak perlu dibangkitkan pada setiap tahun.

Apakata buat saja perjanjian baru dengan kerajaan agar bonus ini diberi pada setiap tahun sekurang-kurangnya sebulan gaji. Tak payahlah susah-susah dok kena minta sedekah pada setiap tahun. Kalau kerajaan mampu nak bayar lebih, itu terpulang kepada keadaan dan kuasa kerajaa. Ini baru Rakyat Didahulukan dan Pencapaiaan Diutamakan.

One thought on “CUEPACS JUMPA PM BINCANG BONUS

  1. cikgu says:

    hehehe…..setuju….dapat bonus sebulan gaji pun dah syukur. Asyik dok main pilihan raya je..duit banyak abis kat situ..itu namanya parti didahulukan..huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s