Peluang Orang Muda lebuh Cerah.

'Penyapu Baru' tentu lebih rajin dan punya idea baru

Guru muda berpeluang jadi pengetua
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa kepada perubahan kenaikan pangkat pengetua dan guru besar.

Idea orang muda lebih ke depan?
Bagaimanapun, guru senior tidak harus dilupakan kerana gabungan kedua-duanya jamin kecemerlangan

BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa kepada perubahan kenaikan pangkat pengetua dan guru besar
dari METRO 21 Nov 2009

Paksu Pencen memang sokong idea ini kerana orang muda walaupun pengalamannya kurang tapi semangat dan tenaganya amat kuat dan tinggi sekali.

Orang muda sekarang dikatakan menguasai semua bidang dan nampak lebih menyerlah dari kaum tua. Ini termasuk dalam politik, agama dan ekonomi kebanyakkannya diterajui oleh ketua-ketua yang terdiri dari gulungan muda.

Paksu Pencen cuma risau dan khuatir takut idea ini disalahguna dan kesempatan diambil oleh pihak tertentu untuk kepentingan kroninya.

Pihak atasan dengan mudah akan menggunakan idea ini untuk melantik orang-orang tertentu yang sealiran dan sebulu dengannya untuk dipilih menjadi Pengetua atau Guru Besar atas alasan ‘Dia Cemerlang’.

Perlantikan ini semestinya perlu dibuat dengan lebih telus dan adil agar idea ini tidak dipersendakan oleh warga guru. Dan yang penting ianya diharap menjadi satu motivasi kepada semua lapisan guru untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang selari dengan bidang tugas perguruan itu sendiri.

Yang pasti semuanya sama, yang muda tentunya hebat macam penyapu baru, dan yang tua pula tentunya berguna kerana pengalamannya.

Siapapun yang terpilih jadi Pengetua dan Guru Besarnya, tanggungjawabnya berat sekali kerana sebenarnya jawatan itu bukan rezeki atau nikmat seperti yang disangka tapi ia merupakan ujian dari Allah untuk melihat seseorang itu benar-benar menjalankan amanahnya.

Allah maha mengetahui atas apa yang kita lakukan dan apa niat kita dan ingatlah setiap apa yang kita lakukan samada baik atau sebaliknya tetap akan menerima balasannya nanti. Syurga atau Neraka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s