Qurban Masa kini.

Qurban adalah satu penyembelihan binatang untuk Allah. Ia adalah satu istilah Udhiyah yang bermaksud penyembelihan binatang untuk mendekatkan diri kepada Allah pada Hari Raya Haji.

Di Malaysia kita selalunya akan menyembelih lembu atau kambing pada pagi Hari Raya pertama hingga pada siang hari-hari tasyriq.

Apa yang nak dikatakan ialah sekarang ini pelbagai terma dan cara dibuat untuk melakukan ibadat Qurban. Setengahnya dibuat secara mengikut orang dan tradisi apa yang dilakukan datuk nenek mereka sebelum ini.

Ada yang ambil daging qurban yang dibuat secara kumpulan pulang kerumah masing-masing dan buat jamuan makan untuk anak beranak dan sahabat handai mereka. Kadang-kadang buat kenduri besar mengalahkan kenduri kahwin.

Ada juga setengah manusia tu, yang sembelih kambing untuk ibadah Qurban dan pakat anak beranak mereka memanggang dan makan sambil berseronok Hari Raya.

Sebaik-baiknya pelajarilah sedikit sebanyak samada dari buku-buku ilmiah atau bertanyakan kepada para ulamak atau tok guru yang bertauliah untuk mengetahui hukum hakam Qurban ini. Qurban ini adalah merupakan satu ibadat dalam Islam dan ianya bukan acara untuk berseronok atau untuk kebanggan diri.

Dibawah ini Paksu tunjukkan apa yang di perolehi dari Laman Web mengenai Ibadat Qurban.Wallahhualam semoga amalan kita diterima Allah.

PERLAKSANAAN

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat ‘Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: “Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.”

Kambing hendaklah gemuk, sihat dan tidak cacat dan umurnya sekurang2nya 2 th


kambing untuk ibadat Qurban

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s