KAHWIN LAGI ! WHY……….

Pepatah lama ‘Makin Tua Makin Galak’ kini ternyata menjadi-jadi kerana kedapatan
begitu ramai lelaki lingkungan umur antara 45 hingga 55 memohon untuk berpoligami.
Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa.

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Al-Quran, surah an-Nisa’: Ayat 3)

MENGAPA LELAKI KINI SUKA SANGAT NAK BERBINI LEBIH DARI SATU ;

1. Pertama sekali pasti NAFSU. Lelaki ni walaupun tenaganya tak sekuat mana tapi nafsunya tinggi. Apa tidaknya, melalui matanya pun dia dah boleh berkhayal dan mendalami sedalam-dalammya sampai terlentok. Apatah sekarang ini semua yang sepatututnya terlindung pada tubuh wanita semuanya boleh dilihat dengan jelas dan nyata. Bertambah-tambah charge lah lagi batery kaum lelaki dan mudahlah timbul keinginan nak berbini baru.

2. Keduanya PELUANG. Kini nampaknya macam terlalu ramai kaum wanita dari lelaki. Segenap
pelusuk tempat kini dipenuhi kaum wanita samada di Pejabat, Kilang. Shopping Mall, Kolej, sekolah, Restoran, tempat awam dan dimana-mana kita nampak ramai sekali gulungan wanita dan semuanya kini genit-genit dan berketerampilan sekali sesuai dengan zaman ini. Kaum lelaki pula tu nampak macam kureng aja. Kalau ada pun nampak sepesen saja. Manakala yang segak dan tampan bergaya pula tak banyak dan tak berapa bolih nak di percaya pula tu.

70% pelajar IPT terdiri dari wanita !banyaknya tu

Gadis IPT jadi buruan kaum suami kurang kasih sayang @ miang

4. Penyakit GATAL dan MIANG yang memang selalu dihidap oleh para suami sealunya menjadi
punca utama utama poligami ini berleluasa kini. Hasil kajian dan pemerhatian didapati kategori gulungan suami yang selalu ditinggalkan kesepian dan sering bekerja outstation banyak yang berpoligami. Ini terdiri dari kalangan pemandu, jurujual, ustaz ahli perniagaan, ahli politik dan kini ramai kakitangan kerajaan dari semua lapisan gred gaji juga didapati banyak yang berpoligami.
Yang paling kurang berpoligami ialah orang pencen dan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

5. Punca PENDAPATAN tinggi juga merupakan pendorong utama kepada permasaalahan ini.
Sekarang ni ramai orang yang berpendapatan tinggi. Setakat RM3 ribu hingga Rm10 ribu sebulan kini menjadi biasa sahaja dan pegawai kerajaan pun boleh bergaji setinggi itu. Bayangkan ahli-ahli perniagaan dan lain-lain gulungan profesional lain yang pendapatan bulanannya mencecah 5 angka.. Apa lagi yang isterinya pula turut bekerja dan ada mempunyai
pendapatan sendiri.Tentulah melimpah ruah duitnya dan mulalah pasang angan-angan untuk buka cawangan baru.

6. Memang FITRAH manusia suka kepada yang baharu dan cantik-cantik. Tidak dapat
dinafikan setelah sekian lama bersama mulalah timbul rasa kekurangan dan jemu.
Perasaan ini sebenarnya godaan syaitan dan merupakan ujian kepada kita semua.
Kalau iman seseorang itu tak kuat dan perangai mudanya masih dibawa bersama sampai usia tuanya, nescaya perasaan ini akan kuat menggodanya. Ingatlah dulu masa susah dialah
isteri tersayang dan bersamanya lah kemana saja. Jadi bila dah tua dan mula hidup senang sikit
kenalah berkorban dan nikmatilah kesenangan itu bersamanya juga.

Walaupun sebaya usia Paksu tapi nampak sweet apa.

Gambar Hiasan : Tengok Aida Rahim, walaupun telah berusia 50an tapi masih menawan dan bisa menggoncang dunia.


7. JODOH, maut dan rezeki adalah di tentukan oleh Allah SWT. Kepada sesiapa yang dah
termasuk dalam gulungan poligami dan kelab Madu ini terimalh ia sebagai ujian dari Allah.
Insyaallah adalah hikmah disebalik itu. Semua yang pahit itu tidak semestinya tidak
berguna. Dan tidak semestinya yang manis itu pula berguna. Apa pun ini bersabarlah
menerima hakikat sebenar dan jangan mengambil tindakan yang bodoh dan merugikan diri
sendiri. Hadapi dengan penuh berkhemah sambil berserah kepada takdir Illahi.

Cukup setakat ini dulu dan sebenarnya banyak lagi sebab-sebab cabang kecil lain yang boleh di utarakan. Kalau anda semua berminat untuk menambahkannya silalah berbuat demikian pada ruangan komen anda. Insyaallah Paksu akn siarkan kelak.

dari kepala Paksu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s