BERITA UNTUK ORANG PENCEN

Paksu Pencen

Paksu Pencen

Ini ada berita baik untuk Orang Pencen.Bulan ni nampaknya boleh berjalan tegak sikit. Al-maklum dapat duit terpijak RM500.

Bagi mereka yang ibu bapanya terdiri dari Orang Pencen eloklah balik2 cuti ujung tahun ini untuk menjenguk orang tua di kampong. Kalau setakat nak minta subsidi duit Tol dan Minyak agaknya boleh dipertimbangkan……….macam biasale kalau yg dah lama tak boleh balik tu. Bonus tak dak pula tu ujung tahun ni sedangkan banyak belanja yang diperlukan dengan kemunculan 2010 nanti.

SIARAN AKHBAR

PENJELASAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MENGENAI BAYARAN KHAS RM500

KEPADA PESARA KERAJAAN

Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain, serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang
layak menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada bulan Disember 2009.

Bayaran melalui akaun akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaian pada 14 Disember 2009.

2 November 200

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s