Bebankah Mas Kahwin ?

Paksu Pencen

Paksu Pencen

Kenaikan kadar mas kahwin seperti yang ditetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri tidaklah membebankan bakal pengantin, sebaliknya jumlah hantaran tinggi yang ditetapkan keluarga perempuan menjadi beban utama kepada bakal pengantin lelaki.

Alasan lewat berumahtangga yang diutarakan sesetengah kaum lelaki kepada kenaikan mas kahwin sebenarnya tidak dapat diterima. Rata-rata pihak Majlis Agama hanya meletakkan kadar yang paling minima iaitu diantara RM22 hingga RM350 sahaja.

Kadar ini, kalau nak dikirakan adalah terlalu kecil dan boleh dianggap tidak membebankan kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya yang menjadi bebanan kepada bakal-bakal pengantin terutamanya lelaki ialah lain-lain perbelanjaan yang menjadi trend atau ikutan masyarakat Melayu dalam mengendalikan urusan pernikahan tersebut.

Antara keperluan atau trend masa kini dalam menjayakan majlis pernikahan yang memerlukan perbelanjaan yang besar ialah :

– Wang hantaran serendah RM5000 hingga RM15000 (Orang kebanyakan)
– Jamuan makan yang melibatkan jemputan diantara 1 hingga 3 ribu orang
– Sewaan pakai pengantin, alatan pelamin dan juruhias yang mencecah ribuan ringgit
– Perkhidmatan jurugambar dan pembuatan album gambar
– Persediaan cenderahati untuk tetamu jemputan
– Persedian barangan hantaran untuk pengantin
– Perbelanjaan pengankutan dan rombongan pengantin
– Perbelanjaan membaik pulih rumah atau bilik tidur termasuk perabut
– Lain-lain perbelanjaan luarjangka seperti sewa PA system,Dj dll.

Inilah sebenarnya yang menjadi bebanan kepada bakal pengantin yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Kepada pengantin yang keluarganya mempunyai kemampuan disegi kewanganya agak bernasib baik, kerana perbelanjaan tersebut mungkin dibiayai sepenuhnya oleh keluarga.

Bagi yang tidak mampu dan dan tidak dapat melawan kehendak nafsu dan trend, akan berhutanglah ia kepada ‘Along Halal’ yang menyediakan perkidmatan pinjaman mudah.

Sampai bilakah ini akan terjadi? Kalau dulu dizaman 1980an dengan RM5ribu diperlukan untuk semua urusan tersebut kini ianya boleh mencecah kepada angka RM20 ribu hingga RM50 ribu.

Kenduri kahwin

Jemputan mencecah ribuan orang yang terdiri dari sahabat dan keluarga ibubapa pengantin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s