Mulianya Seorang Isteri

Baik pekertinya terhadap kami semua
Mulutnya terkunci dari mengadu dumba
Sabarnya amat kebal dari segala ujian dari Allah
Senang, susah, onak dan duri semuanya dipijak lalu
Menempuh hidup bersama dengan sabar dan syukur.

Dirinya diibarat lilin yang bernyala
Yang menyuluh terang untuk hanya yang tersayang
Suami dan anak-anak tercinta
Tidak pernah meminta lebih
Keinginannya seperti telah tiada lagi
Yang ada hanya keredhaan dengan apa yang dikurniakan.

Tiada balasan yang mungkin setimpal
Tiada kemahuan yang pernah dipinta
Cukup sekadar doa agar diberkati dan dirahmati Allah Yang Maha Berkuasa.

Nukilan Amir Jusoh :
Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Isteri Tersayang
Wadzirah Ridzuan.

Paksu Pencen dan Isteri

Gambar terbaru semasa meraikan Hari lahir bersama di salah sebuah Restoran makanan TImur Tengah di Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s