140,000 Pelatih PLKN Menjana Rezeki

Deretan Bas untuk membawa pelatih PLKN ke Kem Latihan

Sebanyak 939 pergerakan bas diperlukan untuk mengangkut 38,000 pelatih kumpulan pertama 2010


38,000 peserta kumpulan pertama PLKN 2010 mula melapor diri di kem latihan masing-masing bermula semalam 2 Januari 2010. Kebanyakan peserta-peserta ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang baru selesai mendudukki peperiksaan SPM pada 16 Desember yang lalu.

Pelatih-pelatih ini akan ditempatkan di 79 kem latihan PLKN di seluruh negara selama 3 bulan berakhir 4 Mac akan datang. Mereka akan diberi latihan dengan menggunakan pendekatan psikologi dan lain-lain aktiviti yang berfaedah agar dapat menjadi warga negara yang lebih baik.

Yang pastinya ibu bapa yang anak-anaknya terpilih merasa begitu lega, kerana dalam masa 3 bulan ini anaknya berada di tempat yang selamat insyaallah, dan melakukan perkara yang lebih bermanafaat.

Dan yang lebih penting tentunya program ini dapat menjana ekonomi kumpulan tertentu seperti pengurusan kem PLKN, pemilik syarikat bas, penyedia makan minum untuk pelatih, pekerja dan jurulatih dan syarikat-syarikat pembekal pakaian uniform, kasut dan lain-lain keperluan untuk 140,000 pelatih tahun ini. Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak umtuk menjayakan program ini. Adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.

Kalau dah dapat rezeki terpijak tu, jangan lupa bersyukur kepada pemberi rezeki. Zakat jangan dilupakan dan kalau bolih gunakan keuntungan atau perolihan dari program ini untuk mengembangkan perniagaan lain untuk pembangunan diri, rakyat, ugama dan negara

Ibu Bapa yang menghantar anak-anak untuk PLKN

Program berfaedah sebegini turut mendapat sokongan gulungan ibu bapa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s