Keperluan Atau Kemahuan !

Dok tengok apatu?

Banyak betul nak kena bayar ni: Astro,Hp,Net,Api.Air,Rumah,Card,abah dan........

Setiap bulan kerja yang pasti kena buat ialah mengumpul bil-bil yang perlu di jelaskan. Bermula 15 haribulan setiap bulan, berpusu-pusu surat cinta memenuhi peti surat yang memerlukan jawapan beserta RM yang perlu dibereskan sebelum tarikh matang.

Persoalannya adakah ianya merupakan keperluan atau kemahuan ? Pakar-pakar kewangaan selalu membebel kat TV agar kita perlu berjimat dan pandai memilih yang mana satu keperluan atau kemahuan. Disini Paksu senaraikan bil-bil yang perlu dan Paksu kena jelaskan setiap bulan;

Kereta, Rumah, TNB, Celcom, Air, IWK, ASTRO, INTRENET, Credit Card (Minyak kereta dan barangan dapur Tesco)

Dan ini pula kena selalu jelaskan samada setahun sekali atau tiap 6 bulan iaitu:

Cukai Pintu Rumah, Cukai jalan dan Insuran kereta dan Perbelanjaan menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Aduh-aduh kalau disenaraikan tentunya semua ini adalah keperluan hidup kita dan selalunya banyak kemahuan yang kita ingini telah kita ketepikan demi menjaga poket kita yang tidak begitu gemuk seperti yang dihajati.

Patutle baru-baru ini seorang Majistret yang didakwa menerima suapan mendakwa gajinya tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidupnya.

Walaubagaimana pun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bertindak diluar batasan apatahlagi dengan melanggar undang-undang. Apa yang boleh kita buat ialah menguruskan kewangan dengan bijak sambil memastikan pendapatan yang kita perolehi itu adalah dari rezeki yang HALAL agar ianya berkat dan mencukupi. Sesungguhnya dia (Allah) yang memberi rezeki dan dia juga yang menyempitkannya.

One thought on “Keperluan Atau Kemahuan !

  1. campians photography says:

    Dulu mak bapak kita takder pun sibuk nak bil astro,hp,internet, insuran kereta dan credit card…yang penting beli barang2 dapur supaya anak2 tak kelaparan….Dunia dah maju,zaman dah berubah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s