LELAKI HEBAT !

Iklan Kapsul

Nak Jadi Lelaki Hebat ? Nah Ambil Kapsul ini.

Nak jadi Lelaki hebat ? Nah lihat iklan yang kini boleh dilihat di merata-rata tempat seperti tiang lampu jalan, di pokok-pokok dan di dinding kedai dan bus stop serta mana saja yang kedapatan ramai orang lalu lalang.

Rupanya ciri-ciri lelaki Lebat masakini ialah :
Lebih Keras
Lebih Tahan
Lebih Yakin
Lebih Saiz

Jadi apa tunggu lagi, kalau anda rasa diri anda belum cukup hebat lagi, dapatkan segera kapsul berkenaan dan telan selalu. Tak tau pula apa yang jadi Hebatnya. Silap haribulan Hebat kemana, Sebat yang dapat !

Hairan sekali sekarang ini perbagai ubat dan minuman untuk menjadi Lelaki Hebat amat banyak dan laris di pasaran.Apa sbenarnya punca timbul keluaran ini. Adakah Lelaki kini kurang Hebat atau Wanita kini terlebih Hebat ?

Paksu rasa macam tercabar juga melihat senario ini. Tapi kalau diperhati sekeliling memang tak dapat dinafikan yang kaum Hawa sekarang ini Hebat-Hebat belaka.
Paksu selalu tengok sekarang ini kalau kat restoran yang perempuan pula kena belanja orang lelaki. Kat ofis Wanita pula Bossnya. Kat rumah sisuami pula kena dera. Dan di banyak lagi situasi yang kaum Hawa kini lebih tinggi darjatnya dari Kaum Adam.

Apo nak jadi kito !

3 thoughts on “LELAKI HEBAT !

  1. yafahana says:

    Kehebatan lelaki tercabar jangan salahkan perempuan.Orang perempuan ada daya tahan yang kuat.Mereka rajin belajar.Mereka tahan diuji.Di menara gading mereka yang ramai.Orang lelaki banyak yang dah mati.Mati di jalanraya,mati kerana dadah.Orang perempuan masih mampu menaggung ramai anak tanpa ada suami di sisi.Orang lelaki sekarang lembik,ramai yang suka enjoy sahaja.Belajar sambil lewa,tiada akal budi tiada wawasan.Hidup berkiblatkan hiburan.Diutamakan diri sendiri.Orang lain jangan peduli.Yang lelaki jadi pisau cukur kebas duit tunang,kawan dan isteri yang malang.

  2. pakcikli00 says:

    Jawablak lomentaf Yafahana tu Paksu !.

    Mau tidak mau, Tuhan jadikan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi. Bukan saling menyalahi. Bukan beradu tapi bersatu, betul tak Paksu ?. Kalau beradu patah le katil.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s