Cheng Ho Tidak Sehebat Nama

kaunter penyambut tamu

Paksu bergambar kenangan di pintu masuk Restoran Cheng Ho


Minggu sudah Paksu berada di Kuala Lumpur kerana menemani anak Paksu yang ada urusan berkaitan pekerjaannya. Dikesempatan itu kami sempat bertandang dan menjamu selera di Restoran Cheng Ho yang dikatakan milik penyanyi Rock terkenal tanah air kita iaitu Amy Search.

Restoran yang teletak di Wangsa Maju ini merupakan restoran “masakan China” dan dekorasinya agak biasa dan berlatarbelakangkan “China” dan bagi saya ianya sederhana dan biasa aja. Dibahagian pintu masuknya terdapat kaunter pelanggan dan sebaris kerusi untuk pelanggan menunggu semacam di tempat menunggu “Teksi”.

Kami tiba ke restoran berkenaan pada jam 545 pm dan terpaksa melepak dulu di kerusi yang disediakan kerana operasinya restoran ini bermula jam 615pm.

Kena cukup waktu baru boleh masuk beb.mau makan pun sushah ohhhh aiiyaa.

Kami memesan hidangan masakan china yang biasa aja iaitu sup isi ketam, ikan masak steam, sayur asparagus, siput lala dan pencuci mulutnya buah-buahan campuran. Pesanannya begitu cepat tiba kerana masaa tu belum ramai pelanggan lain. Masakannya memang ada kelas punya dan setanding dengan lain-lain restoran. Tahniah kepada Amy yang berjaya mendapat tukang masak yang hebat macam Laksamana Chebg Ho juga.

Apa yang kurangnya ialah dari segi layanan pekerjanya yang dirasakan masih banyak perlu di pelajari. Masuk saja kedalam kedai ini terasa macam masuk ke muzium, tiada layanan mesra dari pekerjanya yang kebetulan semua pelayannya adalah lelaki yang mukanya seolah-olah masam dan garang persis Laksamana Cheng Ho.

Mungkin nama Cheng Ho itu membuatkan pekerjanya jadi demikian dan kepada artis lain yang nak buka restoran pula Paksu cadangkan agar digunakan pula nama Puteri Hang Li Po.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s