Harian Merto Lama bernilai RM4.50

Kes terkena

Harian Metro lama dijual dengan hagra Rm4.50

Pagi Sabtu 27 Feb.semalam merupakan hari ini dalam sejarah kerana Paksu dan bebearapa rakan lain semacam di tipu kerana sanggup membeli Akhbar harian Metro dengan kadar harga yang melebihi dari harga pasaran.

Ceritanya begini.

Sedang kami dengan penuh selera menghadapi sarapan pagi di sebuah restoran, muncul seorang penjual akhbar menawarkan akhbar Berita Harian kepada kami. Dalam masa yang sama kami ternampak di sebalik bawahnya akhbar Harian Metro yang tajuk beritanya jauh lebih sensasi dan lebih menarik.

Paksu pun terus berminat untuk mendapatkan Harian Metro tersebut dan dipersetujui oleh rakan-rakan yang lain. Sambil terus bersarapan Paksu pun membayarnya dengan kadar harga yang ditetapkan oleh penjual tersebut iaitu RM4.50 tampa mempersoalkannya.

Setelah selesai bersarapan, Paksu dan rakan-rakan berlegar-berlegar disekitar komplek perniagaan sambil membalik-balikkan akhbar tadi untuk melihat tajuk-tajuk utamanya. Seorang rakan Paksu tiba-tiba menjerit ‘ kita kena tipu dah’.

Apa tidaknya, setelah membaca dengan teliti akhbar berkenaan baru kami sedar bahawa akhbar tersebut rupa-rupanya bertarikh 8 Feb. Itulah akibatnya kalau tidak berhati-hati atau membuat keputusan tampa usul periksa.

Walaubagaimanapun kami tidak salahkan penjual akhbar berkenaan, kerana dia menunjukkan kepada kami dengan akhbar Berita Harian dan salah kami yang meminta kepadanya akhbar harian Metro tampa banyak soal dan gagal untuk berkomunakasi dengan baik dengan penjual akhbar berkenaan.

Ini adalah kerana penjual akhbar berkenaan bercakap dengan bahasa ibundanya dan kami pula menggunakan bahasa kebangsaan kita Melayu. Kes ini berlaku di Hat Yai semalam semasa kami bercuti 3 hari 2 malam sempena cuti panjang 26-28 Feb semalam.

Lawak punya cerita dari Paksu

Bercuti d Hat Yai

Paksu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s