Dalam Sungai Pun Jadi Kerja………..

Sungai selalunya sinonim dengan kekotoran dan tempat longgokkan sisa buangan oleh manusia rakus. Walaupun semua tahu akan peranan dan peri pentingnya sungai kepada alam ini, namun masih ada diantara kita yang tidak memperdulikannya.

Di Klong Hae, Hatyai sebuah pekan di Selatan Thailand, Sungai telah dijadikan sebagai tarikan pelancung untuk berkunjung dan menjamu selera serta membeli perbagai keluaran tempatan. Ternyata ianya memberi manafat kepada semua terutama penduduk tempatan yang dapat mencari rezeki dengan menjual pelbagai jenis makanan tempatan dan barangan.

Sungai dijadikan pasar sebagai daya tarikan pelancung

Peniaga menggunakan sampan didalam sungai dengan menjual pelbagai keluaran dan makanan kepada pengunjung yang terdiri dari pelancung yang kebanyakkannya terdiri dari rakyat Malaysia.

Pelancung membeli-belah di Pasar Terapong di Klong Hae Hatyai

Penjaja turut dapat berniaga di kiri kanan jalan masuk ke Pasar terapong

Tiada perlu landskaping yang menarik, dan tiada gerai perniagaan modern yang dibina indah, tapi ia penuh dengan keadaan semula jadi serta asli tempat berkenaan membuatkan para pengunjung teruja menikmati keindahannya.

Begitulah untungnya jika segala nikmat kebesaran Allah dapat kita manafaatkan sepenuhnya. Agaknya bolehkah Sungai Kedah di kawasan belakang Masjid Zahir dan di Ampang Jajar Alor Setar dan di Kuala Perlis dimajukan sedemikian rupa ? Kena tanya orang kuat Majlis Pelancungan Negeri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s