Siksanya Bila Menunggu……………….

Ini adalah detik yang penuh kerisauan dan kegembiraan yang di rakam di MRSM Taiping semasa ibu bapa dan pelajar menunggu keputusan peperiksaan SPM 2009 yang diumumkan hari ini 11 Mac 2010.

Ibu Bapa kepada pelajar menunggu dengan penuh debaran keputusan SPM seawal pagi lagi.

Ibu bapa penuh sesak di dalam dewan MRSM Taiping yang tiba seawal pagi dari seluruh pelusuk tanah air. Mereka nampak lebih gelisah dan resah sama macam dulu semasa mereka kesekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan. Paksu tiba pada jam 1100 pagi bersama isteri dan anak serta puteri Paksu.

Para pelajar dah tak sabar nak melihat keputusannya.

yeahhhhhhh Alhamdulillah semua A............ini muka orang cerdik2

MRSM Taiping memang terkenal dikalangan pelajar -pelajar MRSM seluruh negara kerana setiap tahun berjaya mengekalkan kecemerlangannya. Tahun ini hampir 98% dari keseluruhan pelajarnya yang menduduki peperiksaan SPM 2009 telah berjaya mendapat keputusan Straight A.

Alhamdulillah Hero Paksu adalah diantara pelajar yang dapat Straight A.


Seisi keluarga turut merasa bangga dan gembira atas kejayaan anak-anaknya.

Semuanya ini telah ditentukan oleh Allah yang Maha Besar dan dia berkuasa melakukan apa yang diinginkannya. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan kepada yang lain usah bersedih hati kerana di hadapan terpampang sejuta peluang untuk anda meraih kejayaan dunia dan akhirat.

3 thoughts on “Siksanya Bila Menunggu……………….

  1. jalanakhirat says:

    Asalamualaikum

    Sebenarnya paksu ada potensi menjadi seorang blogger yang baik, dan saya suka membaca intri yang disajikan. Tapi sebagaimana yang kita alami mungkin faktor masa banyak membatasi kita untuk menulis walau pun banyak pengalaman dan mempunyai sudut pandangan yang luarbiasa. Saya cuma sekadar seorang blogger yang suka melihat kerenah pelayar dan menyakat mereka, macam macam ada. Samoga Paksu terus menulis.

    terima kaseh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s