RASUAH…Apa Puncanya ?

Paksu

Skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi bukanlah merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam, menurut kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya kajian itu mendapati amalan rasuah lebih berpunca akibat kelemahan dalam diri individu sendiri seperti sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan dan mengamalkan gaya hidup mewah.

Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat kepimpinan yang lemah, sistem dan prosedur yang tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luas menyebabkan ruang dan peluang rasuah semakin terbuka. Cerita dari Malaysiakini.

Nampaknya SPRM dah mula tahu puncanya. Sebenarnya rakan-rakan penjawat awam dah lama mengetahuinya termasuk juga rakan-rakan yang dah pencen. Mungkin mereka ni takut untuk membocorkan rahsianya kerana takut pecah tembelang diri sendiri atau kasihan pada rakan-rakan yang dok buat kerja berkenaan.

Yang pasti selagi ada gulungan penipu yang nak menghalalkan cara bagi mendapatkan apa yang dihajatinya, selagi itulah RASUAH ini akan tetap berleluasa dalam semua hal.

Sebaiknya SPRM patut fikirkan cadangan pemberian komisen kepada pengadu-pengadu yang membuat aduan terhadap kes ini sebagai galakkan. Boleh jadi tukang report nanti……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s