DS Shahidan Kassim Buat Gempar Lagi…………

DS Shahidan Kassim Buat Gempar lagi....

DS Shahidan Kassim buat gempar dengan turun padang berjumpa pengundi Pekan Sehari di Kawasan Parlimen Arau

Mantan MB Perlis YB Dato Seri Shahidan Kassim yang juga merupakan ADUN Tambun Tulang sememangnya payah hendak dilenyapkan dari pemikiran rakyat negeri Perlis khususnya kepada penyokong-penyokong kuatnya dari kawasan Parlimen Arau.

Sungguhpun beliau banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur dan sibuk dengan tugas-tugas lain, namun beliau tetap pandai mencuri masa dan peluang untuk turun padang bersama rakyat terutama di Kawasan Parlimen Arau.

Beliau yang selalunya berminat dengan mengadakan program keagamaan juga selalu turun untuk melihat penjaja-penjaja kecil yang berniaga di Pasar-Pasar Malam dan pekan Sehari.

Inilah gelagat DSSK yang turun melihat dengan sendiri dan bersuamuka dengan penjaja dan pengundi dikawasanya.DS Shahidan Kassim
Dato Seri Shahidan

Dato seri Shahidan

DS Shahidan Kassim bertanya sesuatu kepada peniaga di pekan sehari Arau

Dato Seri Shahidan mengambil kesempatan ini untuk bertemu mesra dengan peniaga-peniaga pekan sehari dan pengunjung-pengunjungnya yang kebanyakkannya adalah merupakan penduduk tempatan dari kawasan Parlimen Arau.

Dato seri shahidan

Bersedia mendengar terus masaalah dari rakyat.


Dato seri Shahidan

Sempat beliau mengucapkan tahniah kepada anak Paksu yang dapat straight A dalam SPM .

Beginilah gelagat Dato Seri Shahidan Kassim yang sering mendapat perhatian umum. Beliau sememangnya berjiwa rakyat dan mudah untuk didekati oleh sesiapa sahaja. Kini ianya bertambah lebih mudah dan senang apabila beliau yang hanya memegang jawatan sebagai Adun tidak lagi kelilinggi dan dipagari oleh Panglima-Panglima Gagah dan protokol tertentu seperti yang dimiliki oleh Ahli-Ahli Exco dan lain-lain pembesar negeri.

2 thoughts on “DS Shahidan Kassim Buat Gempar Lagi…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s