Imbuhan Dan Pangkat Bukan Segalanya……..

Duit,Duit,Duit......

Imbuhan Dan Pangkat Untuk Para Guru.......

Baru-baru ini Tan Sri Muhyidin Yassin TPM selaku Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan tambahan elaun lagi untuk Guru-Guru khususnya yang mengajar di luar bandar. Dan hari ini beliau sekali lagi mensarankan pengujudan makmal untuk proses kenaikan pangkat dikalangan guru.

Nampaknya gulungan guru amat bernasib baik berbanding dengan penjawat awam lain. Mungkin penjawat awam lain telah selesa dengan skim gaji dan bidang tugas mereka berbanding dengan guru yang kini dinggap kelas kedua dalam sektor awam oleh masyarakat masakini.

Walaubagaimanpun imbuhan seperti kenaikkan elaun dan pangkat belum tentu dapat menjamin peningkatan mutu perkhidmatan. Dalam masa jangka pendek mungkin ianya akan tercapai tetapi lambat laun perasaan tidak cukup dan puas hati tetap akan timbul semula apabila keadaan mendesak.

Terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada ketidakpuasan hati mengenai kerjaya perguruan. Mungkin faktor kepimpinan yang bermula dari peringkat Pengarah hingga kepada Pengetua atau Guru Besar yang tidak berperanan dengan baik, Struktur pengurusan yang lemah atau ketiadaan sistem kawalan dalaman yang ketat ataupun lemahnya kilang yang menghasilkan para guru itu sendiri.

Inilah persoalan pokok yang perlu dilihat dengan teliti agar gulungan pelajar tidak menjadi mangsa kelalaian semua pihak berwajib.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s